Kelebihan Pahala Wakaf: Selagi mana Quran yang diwakafkan dibaca, diamal & dikongsi ilmunya, selagi itu pahala mengalir buat anda!

[give_form id=”206″ show_title=”false” show_goal=”true” show_content=”false” display_style=”modal” continue_button_title=”Wakaf Sekarang”]

[give_form id=”209″ show_title=”false” show_goal=”false” show_content=”false” display_style=”modal” continue_button_title=”Wakaf Setiap Jumaat”]

Perbankan Manual (CDM)

Permintaan si mati jika diberi kesempatan kembali ke dunia

Pernahkan kita terfikir apakah amalan yang akan dipilih manusia jika diberi peluang untuk kembali ke dunia sebentar setelah mereka melihat hakikat alam akhirat?

Di dalam surah Al-Munafiqun ayat 10 ada menyebut:

Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum sampai ajal maut seseorang dari kamu, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan berkata:

Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya jika Engkau lambatkan kedatangan ajalku sekejap lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang yang soleh

Oleh itu janganlah kita menikmati setiap rezeki harta yg kita ada hari ini tanpa berkongsi buat mereka yang memerlukan tuan puan.

Hakikat Muslim Afrika mengenal Islam

Bersyukurlah kita berada di Malaysia yang sememangnya negara Islam walaupun berbilang kaum.

Untuk belajar dan kenal Islam, kita ada banyak kemudahan, guru untuk menuntut ilmu.

Di negara yang minoriti Muslim seperti Afrika, nak kenal Islam peluangnya terhad tuan puan.

Kebanyakannya mereka tak mampu nak menampung kos ke sekolah mahupun untuk membeli sebuah buku kosong dan sebatang pensil.

Sedangkan lihat sendiri beg sekolah anak kita, penuh dengan buku dan alat tulis yang elok, cantik-cantik, bertuahnya kita di Malaysia ni Allah kayakan nikmat tuan puan.


10 orang bergilir-gilir kongsi senaskhah Quran

Di rumah, kami pasti anda mempunyai senaskah Quran mahupun lebih untuk kegunaan peribadi, betul? 

Tetapi buat saudara kita di Afrika, nak baca Quran pun perlu bergilir-gilir sehingga 10 orang/senaskah kerana jumlah Quran yang ada begitu terhad.

Tetapi itulah keadaan anak-anak Muslim Afrika di madrasah-madrasah di sana.

Selalunya apabila sampai giliran mereka, cepat-cepat dicatat kalimah suci Quran diatas papan kayu sambil menghafaz surah tersebut.

Oleh itu, tim MyFundAction ingin mengambil peluang ini untuk kita di Malaysia berwakaf salurkan naskah Quran buat anak-anak Muslim di Afrika.


Bagaimana wakaf Quran Afrika dijalankan?

Serendah RM 50/senaskah, anda boleh memilih pakej wakaf di ruangan di bawah dan tim MyFundAction akan memproses dan salurkan wakaf Quran anda kepada madrasah-madrasah di sekitar Central Afrika.

Lebih 30 madrasah disasarkan akan menerima naskah Quran baru ini hasil wakaf anda. Anggaran pelajar yang ditampung bagi sebuah Madrasah adalah 300-500 orang pelajar.

InsyaAllah mudah-mudahan dengan wakaf anda, semoga anak-anak di Afrika mampu untuk mempunyai senaskah Quran sendiri.


Berapa jumlah naskhah Quran diperlukan?

Setakat ini kami sasarkan untuk mengagihkan sebanyak 2,000 naskah setiap bulan.

Untuk 2000 naskah, jumlah kos yang diperlukan adalah sebanyak RM 100,000 sebulan.

Hadiahkan pahala wakaf buat ibu bapa & kenalan kita

Selain wakaf untuk diri sendiri, anda juga boleh niatkan wakaf anda untuk

  • Ibu bapa yang sudah meninggal dunia atau yang masih hidup
  • Isteri, anak-anak atau sahabat yang pernah berbudi dgn kita
  • Lunaskan hutang kita kepada mereka yang kita sudah terputus hubungan 

Kebaikan berwakaf ini ada diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas RA, bahwa ketika ibu Saad bin Ubadah meninggal dunia, Saad tidak ada di rumah, lalu ia datang kepada Nabi Muhammad Sollahua’laihi wasallam untuk bertanya… 

Wahai Rasulullah, sesungguhnya ibuku telah meninggal dan ketika itu, aku tidak ada, apakah jika saya bersedekah untuknya bermanfaat baginya”?

Rasullullah SAW menjawab, “Ya”.

Saad berkata: “Saksikanlah bahwa kebunku yang banyak buahnya aku sedekahkan untuknya”. (HR.Bukhari)

Ternyata walaupun orang tua dah pergi meninggalkan kita, kita masih punya satu lagi peluang untuk berbakti kepada mereka.

Bagaimana nak berwakaf?

Anda boleh pilih pakej ikut kemampuan:

Wakaf A (10 naskah) = RM500
Wakaf B (6 naskah) = RM300 (Paling ramai)
Wakaf C (3 naskah) = RM150
Wakaf D (1 naskah) = RM50

Kami doakan selagi mana Quran ini dibaca, dihafaz, dikongsi ilmunya kepada anak Afrika lain, selagi itu dicatat pahala buat anda yang sama-sama berwakaf. Aamin YRA

Kongsi Kebaikan Juga Satu Pahala

Bantu kami sebarkan peluang kebaikan ini buat kenalan tuan/puan hanya dengan klik mana-mana button ni bawah.

Semoga usaha ini dijadikan asbab orang lain untuk berkongsi & beri manfaat kepada masyarakat di luar sana juga.

[give_goal id=”206″]

[give_form id=”206″ show_title=”false” show_goal=”false” show_content=”false” display_style=”button” continue_button_title=”Wakaf Sekarang”]

[give_form id=”209″ show_title=”false” show_goal=”false” show_content=”false” display_style=”button” continue_button_title=”Wakaf Setiap Jumaat”]

Perbankan Manual (CDM)