STOK BEKALAN MAKANAN DITAHAP KRITIKAL! SAUDARA PALESTIN DI MESIR TERUS MENANTI HARAPAN
Dalam kepayahan mencari tempat berteduh, mereka juga terpaksa menahan lapar kerana bekalan makanan semakin menghilang
Di bumi Mesir, ribuan saudara Palestin yang terpaksa meninggalkan tanah air mereka untuk terus berjuang meneruskan hidup.
Walaupun berjaya menyeberangi sempadan, kehidupan mereka tidak jauh beza.
Mereka terpaksa berlindung di khemah-khemah pelarian, berdepan kekurangan makanan, serta terputus bekalan asas yang amat diperlukan.
Jom Jadi Cahaya Dalam Kegelapan Mereka!
Sudah lebih 400 hari saudara Palestin diuji dengan kehilangan dan penderitaan, namun mereka masih bertahan dengan penuh sabar dan doa.
Kini tiba giliran kita untuk menunjukkan bahawa mereka tidak keseorangan.
Kemusnahan yang berlaku bukanlah kemusnahan kecil. Pastinya mereka masih memerlukan sokongan kita untuk terus bangkit.
Alhamdulillah, MyFundAction telah mengorak langkah melaksanakan misi bantuan khas buat saudara Palestin di Mesir.
Walau sekecil apa pemberian kita, mudah-mudahan usaha kecil ini dapat mengukir senyuman buat mereka untuk menyambut Aidiladha yang bakal tiba.
Rasulullah ﷺ bersabda:
"Salinglah kalian memberi hadiah, niscaya kalian akan saling mencintai."
(HR. Bukhari dalam Al-Adab Al-Mufrad, no. 594; dinilai sahih oleh Al-Albani)
Antara Box of Happiness dari #JiwaBaik buat saudara Palestin




Keikutsertaan kalian adalah kunci utama untuk kami teruskan misi ini ke bulan-bulan yang akan datang.
Kami menyasarkan untuk membantu 10,000 keluarga saudara Palestin di Mesir agar mereka dapat terus bertahan.
Pastinya kehilangan tanah air dan keluarga bukan sesuatu yang mudah untuk ditanggung, namun kita boleh sama-sama mengukir senyuman di wajah mereka dan memberi rasa bahawa masih ada yang peduli.
Jom kita bersama-sama ambil peluang ini untuk membawa perubahan agar memperolehi ganjaran pahala yang melimpah, insya-Allah!
Pakej Gifts for Palestine

InshaAllah dengan bantuan dan keprihatinan anda, ia dapat memberikan anak-anak Palestin di Mesir akan mendapat sokongan moral untuk terus bertahan.
Mereka tidak meminta kita untuk berada bersama mereka disana, mereka hanya mahukan tindakan yang mampu memberikan sinar harapan baru.

"Barangsiapa yang membantu seorang Muslim (dalam) suatu kesusahan di dunia, maka Allah akan membantunya dalam kesusahan pada hari kiamat dan barangsiapa yang meringankan (beban) seorang Muslim yang sedang kesulitan maka Allah akan meringankan (bebannya) di dunia dan akhirat."
(Riwayat Muslim 2699)
Sebarang laporan terkini berkenaan agihan bantuan dari MyFundAction boleh terus layari laman sesawang myfundaction.org atau ke instagram kami, @myfundaction
.