Masjid Sangat Daif, Perlukan Naik Taraf Segera!


Masih ada masyarakat di pelosok Indonesia yang solat, mengaji dan menjalankan aktiviti keagamaan dalam keadaan serba kedaifan.

Ada masjid yang tidak mempunyai pintu dan lampu. Ada kanak-kanak yang mengaji dalam ruang yang sempit dan panas. Ada komuniti yang terpaksa berwuduk dengan sumber air yang terbatas.

Melalui Ekspedisi 100 Kubah Hijau Indonesia, usaha digerakkan untuk membina dan menaik taraf 100 kubah masjid di pelbagai wilayah Indonesia.



Jangan Biarkan Mereka Beribadah Dalam Keadaan Ini!


Anak-anak masih mahu belajar. Masyarakat masih mahu beribadah, tetapi tempatnya serba terbatas.

Bayangkan hujan turun ketika anda sedang solat. Air masuk ke dalam masjid dan lantai menjadi basah.


Itulah antara keadaan yang dilalui oleh masyarakat di Masjid Assyuhada, Manado, Sulawesi Utara.

Selama lebih 12 tahun, masyarakat menggunakan masjid yang belum mempunyai pintu, lampu dan tempat wuduk yang selesa.




Di Papua, kisah Mushola Ar Rahman tidak kurang menyentuh hati.

Sejak tahun 2017, Ustaz Ibrahim telah mewakafkan tanah untuk membina masjid bagi masyarakat dan anak-anak untuk belajar mengaji.

Sudah hampir sembilan tahun, tetapi pembinaan terpaksa dihentikan kerana kekangan wang.

Sementara itu, aktiviti mengaji tetap diteruskan di rumah beliau yang hanya berukuran 2 x 4 meter.

Mereka tidak berhenti berharap. Jadi, jangan kita berhenti membantu.



Program 100 Kubah

Kisah di atas hanya sedikit daripada banyak lagi masjid yang perlukan bantuan kita.

Kita mahu lebih ramai masyarakat mempunyai tempat untuk beribadah, belajar dan berkumpul dengan selesa.



Projek Pembangunan yang Telah Sempurna:

  • Masjid Baitul Iman – Cianjur
  • Surau Kampung Jamilega – Cianjur
  • Surau Al Ikhlas – Patia, Banten
  • Surau Al Bidayah – Dusun Tanak Bise, Lombok
  • Surau Baitul Annur – Kokoda, Papua Barat Daya

Projek Pembangunan yang Sedang Giat Dijalankan:

  • Surau Ar Rayan – Aceh Tamiang
  • Surau Ar Rahman – Papua
  • Surau Assyuhada – Manado, Sulawesi Utara


Sebab itu setiap satu daripada 100 kubah ini mempunyai nilai yang lebih besar daripada rupa fizikalnya.

Jom bantu mereka miliki rumah ibadah yang lebih layak.


Setiap rezeki yang anda kongsikan, walau sekecil mana pun, adalah pelaburan akhirat yang pahalanya tidak akan terputus. Bersama kita jayakan pembangunan semula dan pembaikan masjid ini demi kemakmuran ummah.

قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

«خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ»

(HR. Ahmad)

Maksudnya: Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada manusia lain.


Disclaimer:

Jika kutipan untuk program ini telah mencukupi, kutipan selebihnya akan disalurkan untuk kempen lain yang mempunyai objektif dan manfaat yang sama.


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
20 Lot Wakaf - RM1000
10 Lot Wakaf - RM500
3 Lot Wakaf - RM150
1 Lot Wakaf - RM50
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60102009910