URGENT! MISI BANTUAN SABAH DIPERLUKAN


Nyawa Hilang, Ribuan Mangsa Terjejas Dalam Bencana di Sabah!
Banjir besar dan tanah runtuh telah melanda beberapa kawasan di Sabah baru-baru ini dan menjejaskan kehidupan ribuan penduduk.
Jumlah mangsa banjir di Sabah terus menunjukkan peningkatan apabila angka keseluruhan mencecah 3,193 orang sehingga 18 September 2025.

Bencana tanah runtuh di Sabah telah meragut 13 nyawa dan banjir mengorbankan seorang nyawa setakat ini.
MyFundAction terpanggil untuk sama-sama menggerakkan Misi Bantuan Banjir bagi mengagihkan bantuan segera dan menyantuni keluarga yang memerlukan.


Antara pakej bantuan yang akan diedarkan adalah merangkumi barangan ketika kecemasan dan juga pasca bencana seperti:
- Pek makanan sedia dimakan
- Kit Kebersihan
- MyFunKit khas untuk kanak-kanak
- Kit Makanan Asas
Misi banjir sebelum ini
Untuk memastikan misi ini berjaya mencapai objetif utama - menyelamat dan menghulurkan bantuan kepada mangsa, kami menjemput tuan/ Puan untuk turut serta berkongsi rezeki bagi mencukupkan keperluan mereka.
