Ramadan Lebih Bermakna Apabila KIta Berkongsi
30,000 Slot Juadah Ramadan DIbuka!
Jadikan Ramadan 2026 Anda Lebih Baik
Bulan Ramadan adalah kesempatan menuai pahala dan meraih ganjaran yang luar biasa.
Dan memberi makan orang yang berpuasa adalah antara amalan yang paling besar ganjarannya dan sangat dituntut dalam Islam.
Namun di sebalik nikmat Ramadan, masih ada saudara kita di luar sana yang terpaksa berpuasa sepanjang hari kerana langsung tiada makanan.
Ada antara mereka yang tinggal di negara bergolak seperti di Palestin dan Syria yang terpaksa tinggal di kem pelarian, bergantung sepenuhnya kepada bantuan makanan.
Indonesia juga turut berdepan musibah banjir besar yang menjejaskan ribuan keluarga sehingga menyukarkan mereka mendapatkan bekalan makanan harian.
Ada juga saudara kita di Korea dan Jepun berdepan kesukaran mendapatkan makanan halal.
Menjelang Ramadan 2026, MyFundAction mengajak anda untuk berkongsi nikmat Ramadan dengan mereka yang memerlukan.
Melalui satu juadah, kita bukan sekadar mengenyangkan perut, tetapi membuatkan Ramadan mereka lebih bermakna.
Bantuan juadah ini akan diedarkan di beberapa negera lain termasuk Australia, Nigeria, South Korea dan Mesir.


KONGSI JUADAH
Rezeki Dikongsi, Ramadan Diraikan
Bayangkan betapa besarnya pahala memberi makan mereka yang berpuasa. Kita peroleh amal berkali ganda, manakala mereka yang menerima pun turut berasa bahagia.

Kami ingin mencari 30,000 orang terawal untuk berkongsi rezeki menu iftar istimewa buat mereka yang kurang berkemampuan. Rebut tempat anda sekarang!
وَمَنْ أَشْبَعَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مَغْفِرَةٌ لِذُنُوبِهِ
“Dan sesiapa yang memberi kekenyangan kepada orang yang berpuasa maka dia akan mendapat keampunan atas dosa-dosanya,”
Disclaimer:
1) MyFundAction mempunyai kelulusan untuk Pengurangan Cukai LHDN. Setiap transaksi yang dilakukan oleh individu & sektor korporat sekurang-kurangnya RM50 , layak untuk memohon pengurangan cukai.
