"Sejak Suami Hidap Kanser Tahap 4, Sayalah Ketua Keluarga"
Itulah realiti getir yang dilalui oleh Mak Cik Rohani, seorang warga emas dan ibu tunggal yang terpaksa memikul beban hidup dalam serba kekurangan.
Ujian hidup bermula apabila arwah suaminya disahkan menghidap kanser tahap empat dan sejak itu, suaminya tidak lagi mampu bekerja.
Mak Cik Rohani terpaksa mengambil alih sepenuhnya tanggungjawab menyara keluarga serta mengurus keperluan harian dan rawatan suami sehingga ke akhir hayat.

“Kalau abang ada lagi, saya tak perlu minta bantuan,” katanya dengan nada sebak.
Luahan itu menggambarkan betapa berat kehilangan yang ditanggung. Semasa suami sakit, segala urusan terpaksa dilakukan sendiri.
Kisah Disebalik Air Mata
Untuk meneruskan kehidupan, Mak Cik Rohani bekerja sebagai pengasuh kanak-kanak.
Dengan pendapatan itulah, dia gunakan untuk menampung perbelanjaan asas.
Beliau tinggal di rumah sendiri tetapi menumpang di atas tanah milik anak saudara.

Walaupun arwah suaminya mempunyai tanah sendiri, Mak Cik Rohani tidak berkemampuan untuk membina rumah di atas tanah tersebut.
Kini, selepas pemergian suami, Mak Cik Rohani terus berjuang sendirian.
Dengan usia yang semakin lanjut dan pendapatan yang sangat terhad, beliau masih berusaha bertahan demi kelangsungan hidup.
Usaha Meringankan Beban Mereka
Di luar sana, bukan hanya Mak Cik Rohani yang bergelut dengan kesempitan hidup.
Ribuan malah ratusan ribu keluarga di Malaysia masih hidup dalam keadaan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Menerusi Projek Rezeki Ummat, bantuan makanan asas disalurkan kepada keluarga B40 agar mereka tidak terus dibebani kelaparan dan kesempitan hidup.

Daripada Abdullah bin Amru r.a:
Bahawasanya seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah SAW, ‘Apakah amalan terbaik dalam Islam?’
Baginda bersabda, ‘memberi makan makanan dan memberi salam kepada orang yang engkau kenal dan orang yang engkau tidak kenali.”
(HR Bukhari dan Muslim)
Jom Sertai Kami Ringankan Beban Mereka!
Daripada Abdullah bin Amru r.a:
Bahawasanya seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah SAW, ‘Apakah amalan terbaik dalam Islam?’
Baginda bersabda, ‘memberi makan makanan dan memberi salam kepada orang yang engkau kenal dan orang yang engkau tidak kenali.”
(HR Bukhari dan Muslim)
Semoga setiap ringgit kita kongsikan dapat membantu meringankan beban mereka. Amiin.
Disclaimer:
1) MyFundAction mempunyai kelulusan untuk Pengurangan Cukai LHDN. Setiap transaksi yang dilakukan oleh individu & sektor korporat sekurang-kurangnya RM50 , layak untuk memohon pengurangan cukai. Baca lanjut: Permohonan resit potongan cukai


