"Saya Hanya Mampu Cari Siput Di Bakau Untuk Kasi Anak-Anak Makan" 





    Itulah realiti pahit yang pernah dilalui oleh Puan Milba, seorang ibu berusia 45 tahun yang menetap di Sulaman, Sabah.


    Dengan 14 orang anak yang dibesarkan, Puan Milba hanya bergantung kepada pekerjaannya sebagai tukang urut sambilan.


    Pendapatan yang tidak menentu dan hanya memperoleh sekitar RM40 sehari.


    Suaminya sebelum ini bekerja dalam bidang wiring, namun kini tidak bekerja dan masih menunggu panggilan kerja.


    Dalam kesempitan hidup, mereka pernah berada pada tahap paling sukar.


    "Saya pernah mengutip tin di kawasan pembuangan sampah untuk dijual demi mendapatkan sedikit wang untuk makan," luahnya ringkas.


    Lebih menyentuh hati, lima orang anaknya masih bersekolah dan terpaksa menggunakan sampan sebagai pengangkutan ke sekolah.






    Realiti Kemiskinan Tegar Masih Wujud


    Di luar sana, bukan hanya Puan Milba yang bergelut dengan kesempitan hidup.


    Ribuan malah ratusan ribu keluarga fakir miskin di Malaysia masih hidup dalam keadaan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.




    Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, ramai terpaksa berhutang untuk membeli barangan dapur asas.


    Dahulu, RM100 mampu memenuhi separuh troli barangan dapur. Kini, jumlah yang sama hanya cukup untuk keperluan beberapa hari sahaja.


    Usaha Menoktahkan Kemiskinan Tegar!


    Melihat realiti ini, MyFundAction dengan rendah hati bertekad untuk terus berbakti dalam usaha menoktahkan kemiskinan tegar melalui inisiatif Zero Poverty.


    Menerusi Projek Rezeki Ummat, bantuan makanan asas disalurkan kepada keluarga B40 agar mereka tidak terus dibebani kelaparan dan kesempitan hidup.






    Daripada Abdullah bin Amru r.a:

    Bahawasanya seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah SAW, ‘Apakah amalan terbaik dalam Islam?’

    Baginda bersabda, ‘memberi makan makanan dan memberi salam kepada orang yang engkau kenal dan orang yang engkau tidak kenali.”

    (HR Bukhari dan Muslim)





    Jom Sertai Kami Ringankan Beban Mereka!




    Daripada Abdullah bin Amru r.a:

    Bahawasanya seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah SAW, ‘Apakah amalan terbaik dalam Islam?’

    Baginda bersabda, ‘memberi makan makanan dan memberi salam kepada orang yang engkau kenal dan orang yang engkau tidak kenali.”

    (HR Bukhari dan Muslim)


    Semoga setiap ringgit kita kongsikan dapat membantu meringankan beban mereka. Amiin.



    Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

    Ruangan yang wajib diisi

    BUTIRAN PEMBELIAN

    Produk Kuantiti Harga (RM)
    Premium - Bantu RM750
    Standard - Bantu RM300
    Basic - Bantu RM150
    Seikhlas Hati
    JUMLAH
    JUMLAH KESELURUHAN (RM)
    Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

    BUTIRAN PELANGGAN

    BUTIRAN PEMBAYARAN