Misi Membalut Luka Untuk Saudara di Mesir

Allah menguji manusia dengan pelbagai cara. Ada yang diuji untuk menjadi lebih dekat denganNya dan ada pula yang diuji sehingga perkara paling asas asalnya menjadi satu kemewahan.
Pelarian Syria di kem Jordan hidup dalam keadaan yang jauh dari selesa.
Tiada bekalan air bersih yang konsisten, tiada dapur dan tiada tempat tinggal yang kukuh.
Di Mesir, anak anak Palestin duduk di lantai sejuk untuk belajar Al Quran.
Mereka berkongsi naskhah yang sama, menunggu giliran sambil memegang perut yang kosong.
Mereka tidak memilih hidup begini. Perang memaksa mereka meninggalkan rumah. Keselamatan memaksa mereka menjadi pelarian.
Jelajah Jiwa Baik Membawa Seribu Harapan Buat Mereka

InsyaAllah Jelajah Jiwa Baik ke Mesir ini, kami akan membawa dan menyampaikan bantuan terus kepada mereka yang perlu.
Bantuan yang diberikan berupa pek makanan sedia dimakan, Box of Happiness, makanan asas untuk keluarga di kem pelarian serta edaran Al Quran.
Ini bukan sekadar bantuan fizikal sahaja tetapi harapan bahawa umat Islam masih peduli dan melihat penderitaan mereka.



Kesusahan tidak boleh diatasi dengan hanya melihat tetapi tindakan kecil boleh membawa perubahan besar.
Jika hati anda tersentuh membaca kisah mereka, itu bukan kebetulan, itu tanda Allah sedang mengajak kita berkongsi nikmat.
Mari bersama kami dalam misi ini untuk meringankan beban saudara kita di sana. Semoga usaha kita ini memberi sinar harapan baru buat mereka.
