Seruan Bantuan Kecemasan Untuk Mangsa Bencana!



Setiap tahun, ramai keluarga kehilangan rumah dan harapan akibat banjir, kebakaran, tanah runtuh dan pelbagai bencana yang tidak diduga.

Seperti tahun-tahun yang lalu, MyFundAction tetap komited untuk menjadi ‘frontliners’ dalam menghulurkan bantuan buat mangsa-mangsa yang ditimpa bencana.









Siap Siaga Misi Kecemasan 2025




MyFundAction CDA-ERT bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Pasukan Gerakan Am (PGA) kini sedang melaksanakan misi bantuan banjir di kawasan-kawasan terjejas.



MyFundAction akan mengagihkan bantuan segera dan menyantuni keluarga yang memerlukan .


Antara pakej bantuan yang akan diedarkan adalah merangkumi barangan ketika kecemasan dan juga pasca bencana seperti:


  • Pek makanan sedia dimakan


  • Kotak Rezeki Ummat




Untuk memastikan misi ini berjaya mencapai objetif utama menghulurkan bantuan kepada mangsa, kami menjemput #JiwaBaik untuk turut serta berkongsi rezeki bagi mencukupkan keperluan mereka. 


Misi bencana banjir sebelum ini


"Barangsiapa yang melepaskan salah satu kesusahan dunia daripada seorang Mukmin, maka Allah akan melepaskan salah satu kesusahan pada hari kiamat" [Petikan Hadis Riwayat An-Nawawi dan Muslim]

Ujian demi ujian, setiap yang anda hulurkan walaupun nilainya kecil buat kita namun besar buat mereka. Semoga asbab kebaikan Tuan/Puan Allah turut melepaskan kesakitan dan kesempitan baik di dunia mahupun di Akhirat.


Edaran Bantuan Mangsa Banjir baru-baru ini



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
KOTAK REZEKI UMMAT (1 KELUARGA) - RM 150
KONGSI 1 PEK MAKANAN - RM30
SEIKHLAS HATI
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN