Terpaksa Berhimpit dan Panas Bukan Alasan Untuk Mereka Tidak Datang Belajar

Inilah “sekolah” mereka, hanya ruang yang sempit, tiada kerusi empuk, tiada kipas berputar, apatah lagi kemudahan asas yang kita selalu anggap biasa.
Namun di sinilah, dengan segala kekurangan, mereka terus melangkah setiap hari demi masa depan yang lebih cerah.
Harapan Mereka Bermula Dengan Kita

Projek Pusat Mengaji Annur (PMA) atau The Better School diwujudkan untuk buka peluang pendidikan yang lebih baik bagi anak-anak kurang bernasib baik di sabah.
Pelan awal pembinaan sekolah
Dengan adanya tempat belajar yang selamat dan selesa, mereka dapat terus melangkah menuntut ilmu, menghidupkan kembali keyakinan yang selama ini terpendam akibat terpaksa belajar di ruang yang serba kekurangan.
Tanpa Bantuan Anda Hari Ini, Anak-Anak ini Akan Terus Ketinggalan
Bagi ramai anak di Sabah, perjalanan ke sekolah bukan sekadar rutin harian tetapi ia adalah ujian ketahanan fizikal dan mental.
1. Ramai kanak-kanak terpaksa pulang semula kerana kelas penuh dan sesak

2. Guru-guru terpaksa mengajar dengan peralatan dan buku pembelajaran yang terhad

3. Tidak mempunyai sekolah dan tempat belajar yang tetap

4. Buku, alat tulis dan bahan pembelajaran sudah lusuh dan perlu dikongsi dengan ramai pelajar

Berikan Pendidikan Yang Lebih Baik Untuk Masa Depan Anak-Anak di Sabah

kami ingin mengajak anda menjadi sebahagian daripada perjuangan ini.
Setiap bahagian kecil daripada anda mampu menyalakan cahaya ilmu untuk anak-anak pedalaman Sabah.
Wakaf Sekolah Annur – RM100/bahagian
Untuk membina sekolah yang lebih kukuh, agar lebih ramai anak di Sabah dapat belajar dengan selesa.
Keseluruhan Operasi Bulanan – RM500
Membantu menampung kos operasi bulanan pusat agar kelas dapat terus berjalan tanpa terhenti.
Fasiliti Pembelajaran – RM50
Menyediakan buku, alat tulis, serta kelengkapan asas untuk sesi pembelajaran yang lebih selesa.
Kongsi Serendah RM30
Dengan nilai sekecil ini, anda sudah bersama menyediakan modul mengaji untuk seorang pelajar.
Setiap rezeki yang anda kongsikan, walau sekecil mana pun, adalah cahaya yang menerangi jalan pendidikan anak-anak ini. Ayuh, kita bersama-sama membuka pintu ilmu dan peluang, demi dunia dan akhirat kita.
قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
«خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ»
(HR. Ahmad)
Maksudnya: Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada manusia lain.