Bantu Naik Taraf Madrasah Yang Semakin Uzur

Anak-Anak Ini Berhak Belajar Dalam Persekitaran Yang Lebih Baik!

Sanggup Berhimpit Dalam Panas Demi Kalam Allah
Setiap hari, anak-anak ini hadir ke madrasah dengan niat mahu menuntut ilmu dan mendalami Al-Quran.
Namun, suasana pembelajaran yang mereka hadapi jauh daripada selesa.
![]()
Ada kerusi yang sudah goyang dan hampir patah, meja yang usang, papan putih yang pudar.
Malah rak kasut yang disediakan untuk pelajar kini banyak yang rosak dan tidak lagi berfungsi.
Kesan banjir yang melanda sebelum ini turut meninggalkan kesan sekitar tempat belajar mereka.
![]()

Bersama Lengkapkan Keperluan Mereka
Walaupun berdepan cabaran yang berbeza, kedua-duanya berkongsi impian yang sama, sediakan tempat belajar yang lebih baik
1, Taman Pendidikan Al-Quran Nur Salam
TPQ Nur Salam masih dalam fasa membangunkan kemudahan pembelajaran buat para pelajar.
Banyak keperluan asas yang masih diperlukan agar sesi pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih baik dan
2, Madrasah Pidie Jaya
Di Madrasah Pidie Jaya pula, terdapat dua buah kelas yang digunakan setiap hari oleh para pelajar dalam keadaan yang semakin uzur.
Walaupun serba kekurangan, mereka tetap hadir ke kelas untuk menuntut ilmu.
![]()

Madrasah Mereka, Ruang Pahala Buat Kita
Madrasah Pidie Jaya dan TPQ An-Nur Salam hanyalah sebahagian daripada usaha yang dijalankan untuk membantu pusat-pusat pembelajaran Islam yang memerlukan.
Melalui Projek 100 Kubah Hijau Indonesia, kami bukan sahaja menaik taraf masjid, tetapi juga kepada madrasah dan pusat mengaji yang menjadi tempat anak-anak belajar Al-Quran dan ilmu agama.
Setiap bahagian kecil daripada anda mampu menyalakan cahaya ilmu untuk generasi seterunsnya menjadi celik agama.

"Apabila salah seorang manusia meninggal dunia, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara: sedekah yang terus-menerus (jariyah), ilmu yang bermanfaat, dan anak saleh yang selalu mendoakan orang tuanya."
(HR. Muslim, no. 1631)
Nota: Jika kutipan untuk kempen ini telah mencukupi, kutipan akan disalurkan ke projek umum berkaitan yang mempunyai objektif dan manfaat yang sama.