Menjadi Muslim di Korea Tidak Mudah Seperti yang Disangka

Realiti Menjadi Muslim di Korea
Dalam tempoh dua dekad, jumlah Muslim di Korea Selatan meningkat daripada sekitar 50,000 kepada 150,00 orang hari ini. (The Korea Times)
Antara usaha-usaha dakwah yang sedang dijalankan
Antara usaha-usaha dakwah yang sedang dijalankan
Namun, di sebalik peningkatan ini, realiti mualaf di sana amat mencabar dan menyedihkan.
1. Al-Quran Terjemahan Sangat Terhad
Bagi mereka yang baru memeluk Islam, di sana sangat susah untuk mendapatkan sumber seperti buku rujukan Islam dalam bahasa tempatan.
Bahkan Al-Quran yang sedia ada tidak mempunyai terjemahan yang baik dan tepat.
2. Kekurangan Bahan Asas Ibadah
2. Kekurangan Bahan Asas Ibadah
Ramai mualaf memulakan kehidupan sebagai Muslim tanpa keperluan asas seperti sejadah dan telekung.
Kekurangan ini menyukarkan mereka untuk membina rutin ibadah harian dan mengamalkan Islam dengan yakin sejak awal.
3. Kesukaran Mendapatkan Kelas Agama yang Berstruktur
Kelas agama dalam bahasa Korea sangat terhad dan tidak konsisten.
Tanpa pembelajaran yang tersusun, mualaf bergantung kepada carian sendiri yang tidak dipantau, menyebabkan kekeliruan dan ketidakpastian dalam memahami Islam.

4. Hidup Jauh Daripada Komuniti Islam dan Masjid
Sebahagian besar mualaf tinggal jauh dari masjid dan komuniti Islam.
Tanpa sokongan komuniti, mereka akan terus bersendirian dan mengakibatkan iman rapuh dan terkeluar dari Islam, nauzubillah min za
Sebahagian besar mualaf tinggal jauh dari masjid dan komuniti Islam.
Tanpa sokongan komuniti, mereka akan terus bersendirian dan mengakibatkan iman rapuh dan terkeluar dari Islam, nauzubillah min za
Haengbok Box, Hadiah Buat Saudara Kita
Haengbok Box diwujudkan sebagai usaha untuk memastikan setiap mualaf di Korea Selatan tidak berjalan sendirian dalam mengenal Islam.
Melalui kempen ini, MyFundAction membantu menyediakan keperluan asas rohani supaya mualaf mampu memahami Islam dengan betul dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian.
Bersama jadilah asbab mereka terus istiqamah dalam Islam.
Daripada Aisyah r.a. "Sesiapa yang memasukkan kegembiraan ke dalam keluarga orang Islam , Allah tidak redha balasan untuknya kecuali syurga " At-Tabrani
Nota: Jika kutipan untuk kempen ini telah mencukupi, kutipan akan disalurkan ke projek umum berkaitan yang mempunyai objektif dan manfaat yang sama.