Dari Lapar Ke Lega, Dari Air Mata Ke Bahagia

HIDUP TERBUANG DI BUMI ASING

Sejak lebih satu dekad lalu, konflik di Syria telah memaksa jutaan insan meninggalkan tanah air mereka. Jordan kini menjadi tempat berteduh buat lebih 1.3 juta pelarian Syria dengan lebih 660,000 daripadanya berdaftar di bawah UHNCR.

Statistik menunjukkan lebih 88% daripada mereka hidup dalam kemiskinan manakala separuh mengalami ketidakcukupan makanan. 



Jangan tunggu esok kerana mereka sedang lapar hari ini.


 CABARAN   


  • Hidup jauh dari kampung halaman tanpa jaminan masa depan Tiada jaminan pekerjaan, tiada kepastian tempat tinggal dan tiada ruang untuk mereka kembali ke kampung halaman.
  • Tidak mampu bekerja secara sah - terpaksa bergantung sepenuhnya kepada bantuan luar untuk teruskan hidup. 
  • Komuniti yang paling rentan - ibu tunggal, warga emas dan kanak-kanak adalah golongan yang paling terkesan.


IMPAK 


Berada di bumi asing, anak-anak ini setiap hari menanti sesuap makanan untuk mengalas perut. Kekangan hidup membuatkan mereka sering terpaksa berlapar kerana keluarga tidak berupaya menyediakan hidangan yang mencukupi.


Ramai yang hanya mampu menunggu dengan sabar, walaupun perut mereka kosong sejak pagi.


Projek agihan pek makanan ini menyasarkan ribuan keluarga pelarian agar mereka tidak lagi perlu menahan lapar.


Dengan bekalan makanan yang mencukupi, beribu anak-anak dapat menikmati hidangan yang sederhana tetapi bermakna dan ibu bapa mereka pula mampu menarik nafas lega melihat senyuman kembali terukir di wajah anak-anak.







MISI KONGSI REZEKI UNTUK SYRIA


Di sebalik derita ini, kita diberi peluang untuk membawa sinar harapan. Melalui Kempen Rezeki Untuk Syria, kami menyampaikan bekalan makanan kepada 5,000 keluarga pelarian Syria yang amat memerlukan.

Setiap kongsi rezeki yang dihulurkan bukan sekadar makanan untuk mengenyangkan perut tetapi sebagai tanda kasih bahawa mereka tidak pernah dilupakan.

Inilah masa untuk kita bersama-sama menjadi tangan yang mampu menyapu air mata mereka dan bahu yang menguatkan langkah mereka yang sudah hampir rebah.

Setiap pek mengandungi:

  • Nasi hangat
  • Ayam segar
  • Salad & kuah
  • Jus dan air mineral


PAKEJ SATU PEK, SATU HARAPAN

✅ RM30 untuk 1 orang

✅ RM150 untuk 3 orang

✅ RM300 untuk 10 orang (1 keluarga)

✅ RM3,000 untuk 1 bulan penuh edaran di 1 lokasi 



Rasulullah SAW Bersabda

"Siapa yang memberi makan kepada orang yang lapar, maka Allah akan memberinya makanan dari buah-buahan syurga."

— Hadis Riwayat Tirmizi


Sebarang laporan terkini berkenaan agihan bantuan dari MyFundAction boleh terus layari laman sesawang myfundaction.org atau ke instagram kami, @myfundaction. 


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Kongsi Rezeki 1 Bulan - RM3000
Kongsi Rezeki 1 Keluarga (30 orang) - RM300
Kongsi Rezeki 3 orang - RM150
Kongsi Rezeki 1 orang - RM30
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN