Masjid Nadi 3 Kampung Hancur, Perlukan Bantuan Segera!



Masjid Nurul Islam Kolikapa

Sejak tahun 1994, masjid ini menjadi tempat masyarakat berkumpul untuk menunaikan ibadah, menuntut ilmu dan mengeratkan hubungan sesama komuniti.

Namun selepas bencana alam melanda, sebahagian struktur masjid mengalami kerosakan yang agak teruk.


Ramai penduduk terpaksa meneruskan aktiviti keagamaan dalam keadaan yang serba terbatas.

Tempat pemulihan sementara juga tidak berapa selesa. Panas dan sempit.


Namun, hasrat dan harapan masyarakat di sana tidak pernah padam. Mereka merindui sebuah masjid yang sempurna untuk dijadikan tiang ibadah dan pusat pendidikan agama komuniti.



Program 100 Kubah

Kisah masjid ini baru sedikit daripada banyak lagi tempat ibadah yang perlukan bantuan kita. Sebab itulah Program 100 Kubah ini ditubuhkan.

Inisiatif ini mengajak kita semua untuk berganding bahu mewujudkan tempat solat yang selesa, sekali gus menjadikan tempat anak-anak belajar agama dan mengeratkan hubungan masyarakat setempat. 


Projek Pembangunan yang Telah Sempurna:

  • Masjid Baitul Iman – Cianjur
  • Surau Kampung Jamilega – Cianjur
  • Surau Al Ikhlas – Patia, Banten
  • Surau Al Bidayah – Dusun Tanak Bise, Lombok
  • Surau Baitul Annur – Kokoda, Papua Barat Daya

Projek Pembangunan yang Sedang Giat Dijalankan:

  • Surau Ar Rayan – Aceh Tamiang
  • Surau Ar Rahman – Papua
  • Surau Assyuhada – Manado, Sulawesi Utara


Pada masa kita boleh solat dengan selesa di tempat ibadah yang serba lengkap, masih ada saudara kita di pelbagai pelosok negeri yang perlu beribadah dan mempelajari agama dalam keadaan serba kekurangan.


Setiap rezeki yang anda kongsikan, walau sekecil mana pun, adalah pelaburan akhirat yang pahalanya tidak akan terputus. Bersama kita jayakan pembangunan semula dan pembaikan masjid ini demi kemakmuran ummah.

قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

«خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ»

(HR. Ahmad)

Maksudnya: Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia lain.


Disclaimer:

Jika kutipan untuk kempen ini telah mencukupi, kutipan selebihnya akan disalurkan kepada kempen lain yang memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan.


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
20 Lot Wakaf - RM1000
10 Lot Wakaf - RM500
3 Lot Wakaf - RM150
1 Lot Wakaf - RM50
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


PENGESAHAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60102009910