Jutaan Umat Islam Masih Menunggu Naskhah Al Quran

Misi kumpul 10,000 Quran untuk diedarkan kepada mereka yang memerlukan.


Kenapa Wakaf Al-Quran Masih Diperlukan?

Tidak semua negara mudah dapat akses Al-Quran seperti negara kita. Antara faktor yang menghalang adalah:

  • Konflik dan peperangan
  • Kawasan pedalaman/kemiskinan
  • Perbezaan bahasa
  • Populasi muslim yang rendah
  • Kemusnahan Bencana Alam



Kisah Kehidupan Saudara Kita


1. Membantu Mereka yang Menetap di Kawasan Sementara 

Mesir menempatkan ratusan ribu penduduk dari negara bergolak berhampiran seperti Sudan, Syria, Somalia, dan Palestin.

Tanpa pendidikan formal, naskhah Al-Quranlah menjadi benteng terakhir untuk menjaga akidah dan moral anak-anak agar tidak tersisih dan hilang arah. 



2.  Kegigihan Anak-Anak di Afrika Yang Dahagakan Ilmu Al-Quran

Di sesetengah kawasan di benua Afrika, semangat anak-anak untuk menghafal Al-Quran sangat luar biasa walaupun dalam serba kekurangan.

Disebabkan ketiadaan naskhah Al-Quran yang cukup, ada ynag terpaksa berkongsi satu naskhah yang koyak.

Wakaf Al-Quran fizikal memberi mereka peluang belajar dengan lebih layak dan sempurna.


3.  Pintu Hidayah Buat Mualaf dan Pencari Kebenaran

Setiap tahun ramai mualaf bersyahadah, namun untuk kekal istiqamah dan beriman sukar tanpa bimbingan dan bahan bacaan.  

Pemberian Al-Quran terjemahan percuma menjadi sokongan awal untuk menguatkan akidah dan kefahaman mereka tentang Islam.

Antara mualaf dari Jepun yang menerima manfaat Al-Quran percuma


4. Menembus Tembok Islamofobia Melalui Dakwah

Di sebalik cabaran sentimen Islamofobia yang masih berlaku di sesetengah negara, rasa ingin tahu masyarakat bukan Muslim terhadap Islam sebenarnya semakin meningkat.

Malangnya, akses kepada kelas agama atau naskhah Quran sangat terbatas.

Pengagihan Al-Quran percuma menjadi jambatan dakwah yang lembut untuk membuka mata dan hati mereka kepada kebenaran Islam.


Seorang wakil MyFundAction sedang menjalankan street dakwah  di Australia

Bayangkan, hasil usaha pop-up booth Quran di Australia dapat membantu kira-kira 30 orang saudara baru bersyahadah dalam tempoh setahun.




Hadiah Paling Bermakna

Selama 10 tahun kami telah menyalurkan Al-Quran hampir ke seluruh dunia termasuklah Afrika, Mesir, Australia, New Zealand, Japan, Korea dan Asia Tenggara.

Usaha murni ini tentunya tidak akan berjaya tanpa sokongan #JiwaBaik seperti anda semua.

Forest    Forest   Forest   Forest   Forest 

Slide kiri untuk gambar lain    -->


Jadikan Tahun Seterusnya Lebih Baik dengan Wakaf Al-Quran

Dalam satu hadis Rasulullah SAW bersabda mengenai amalan wakaf ini diberikan ganjaran pahala yang berterusan meskipun si pewakaf sudah meninggal dunia:


"Apabila telah mati seorang manusia, maka terputuslah baginya pahala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya."

Riwayat Muslim (1631)


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Pakej A - 10 NASKAH QURAN (RM500)
Pakej B - 6 NASKAH QURAN (RM300)
Pakej C - 3 NASKAH QURAN (RM150) [Recommended!]
Pakej D - 1 NASKAH QURAN (RM50)
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


PENGESAHAN