Wakaf Air Bersih Untuk Saudara Kita di Seluruh Dunia!

Air Bersih Adalah Hak Semua Orang!
Wallahi, saudara dan saudari, rakyat ini menderita.
- Wakaf Air Afrika
Di banyak wilayah Afrika, hidup mereka bergantung kepada air bersih yang tidak wujud.
Wanita dan kanak-kanak terpaksa berjalan sejauh beberapa jam setiap hari hanya untuk mencari air.
Namun, air yang mereka bawa pulang pula keruh dan berlumpur. Namun itu sahaja yang mereka ada.
Melalui Wakaf Telaga Air Afrika, telaga-telaga baharu dibina agar mereka akhirnya dapat menikmati air yang benar-benar bersih dan selamat.
- Wakaf Air Palestin
Di Gaza, krisis air bersih menjadi sebahagian daripada peperangan.

Lebih 85% rangkaian paip dan sistem kumbahan dilaporkan rosak, banyak stesen pam gagal berfungsi dan hanya sebahagian kecil daripada telaga masih beroperasi.
Melalui Wakaf Air Palestin, kita berusaha menyediakan bantuan air bersih melalui tangki bergerak.
- Wakaf Air Indonesia
Di Indonesia, masalah air bersih tidak kelihatan seperti di negara bergolak, tetapi penderitaannya tetap memeritkan.

Namun, di kawasan pedalaman, telaga yang dahulunya menjadi nadi kehidupan kini semakin kering akibat perubahan cuaca dan musim kemarau yang panjang.
Melalui Wakaf Air Indonesia, telaga dan sistem tadahan dapat dibangunkan agar komuniti ini dapat menikmati air bersih.
Wakaf Anda Telah Mengubah Kehidupan Mereka!
Alhamdulillah, dengan sokongan anda, pembinaan beberapa telaga air dan tangki air bergerak berjaya dilaksanakan.


Air bersih bukan sekadar keperluan, ia adalah nikmat Allah yang harus kita salurkan kepada yang memerlukan.
قَالَ النَّبِيُّ ﷺ: "أَفْضَلُ الصَّدَقَةِ سَقْيُ الْمَاءِ"
Rasulullah SAW bersabda: “Sedekah yang paling baik adalah memberi air.”
(Hadis Riwayat Ahmad)
قَالَ النَّبِيُّ ﷺ: "أَفْضَلُ الصَّدَقَةِ سَقْيُ الْمَاءِ"
Rasulullah SAW bersabda: “Sedekah yang paling baik adalah memberi air.”
(Hadis Riwayat Ahmad)

