LEUKEMIA SERANG BADAN KECIL ALI

"Ya Allah Tolong, Ali Nak Sihat"

Suara dari hati anak kecil yang sedang bertarung nyawa melawan kanser





Ali perlu jalani kemoterapi segera. 
Bantu kumpul RM16,600!




UJIAN HIDUP SEAWAL 6 TAHUN


Ali Dzulfiqar Haqq baru berusia 6 tahun tapi sudah mengharungi ujian yang amat berat.

Kanser darah yang menyerangnya bukan saja meragut kesihatan bahkan menyekat masa depannya.

Awalnya ibu cuma sangka Ali letih biasa. Tapi bila Ali makin kerap mengadu sakit kaki dan tulang hingga tak sanggup berjalan, ibu mula risau.

Sejak Oktober 2024, perubahan demi perubahan berlaku. Demam berulang, tubuh lemah dan akhirnya… 

Ali disahkan menghidap B Cell Acute Lymphoblastic Leukemia.


3 KEMOTERAPI DI USIA SETAHUN JAGUNG


Sepanjang sebulan ditahan di wad, tubuh kecil ini melalui pelbagai kesan sampingan seperti rambut gugur, muntah, kurang selera makan, bengkak badan dan reaksi alahan.

Kini sudah tiga kitaran kemoterapi dijalani tapi sel kanser masih belum hilang sepenuhnya.

Doktor mencadangkan rawatan immunoterapi dan berkemungkinan perlu jalani pemindahan sumsum tulang.


“SAYA NAK JADI DAI, SAYA NAK BAGI ORANG FAHAM AGAMA”

Ali bukan sekadar anak kecil biasa. Dia dibesarkan dalam keluarga yang penuh dengan didikan agama.

Seawal usia 6 tahun, dia sudah ada impian iaitu mahu menjadi dai dan menyebarkan ilmu Allah.




Tapi bagaimana dia mahu mencapai cita-citanya jika tubuhnya sendiri semakin lemah dan sakitnya belum reda?

RAWATAN MASIH PERLU DITERUSKAN

Kos kemoterapi kini mencecah lebih RM16,000 dan sebahagiannya masih belum dapat dijelaskan.

Kos rawatan yang tertunggak ini menjadi beban besar buat keluarga Ali. Ayahnya kini tidak bekerja tetap, hanya ambil upah jahit dan bantu jaga anak-anak di rumah.

Ibunya pula baru mula kerja part time di sekolah antarabangsa dengan gaji RM1,200 sebulan, selain lipat dan gosok baju untuk tampung keperluan.

Mereka sedang berusaha sebaik mungkin tetapi kemampuan mereka sangat terhad.




MARI AMBIL PEDULI NASIB ALI

Ali masih perlu teruskan kemoterapi dan prosedur penting untuk lawan sel kanser yang belum habis menyerang tubuhnya

 KEPERLUAN ALI

Kos Kemoterapi (RM15,000)
Kos Rawatan Lain (RM1,600)


Mampu atau tidak, mereka perlu dapatkan jumlah tersebut bagi menyelamatkan nyawa putera bongsu mereka.

Masih ada lagi ke #JiwaBaik di luar sana yang sudi ringankan beban mereka?

Allah menjanjikan keberkatan kepada orang yang membantu mereka yang memerlukan, termasuk orang sakit. Ini boleh datang dalam bentuk kesihatan yang baik, rezeki yang lancar, dan ketenangan hati.

Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa meringankan kesulitan seorang mukmin di dunia, Allah akan meringankan kesulitannya di dunia dan akhirat. Barangsiapa memudahkan orang yang dalam kesusahan, Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat."
(Riwayat Muslim)

Kita mungkin tidak dapat mengubah takdir tetapi kita mampu menjadi asbab untuk meringankan beban yang mereka tanggung.

Penerima Manfaat Program ‘We Care For You’
Antara pesakit yang telah berjaya dibantu sejak tahun 2020


Disclaimer:

1) MyHeart telah mendapat persetujuan daripada pihak keluarga untuk membuka tabung kutipan pesakit.

2) Hasil sokongan akan diberikan mengikut keperluan pesakit dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Anda boleh mengikuti perkembangan pesakit di Facebook @MyHeartVolunteers. 

3) MyHeart dan MyFundAction mempunyai kelulusan untuk Pengurangan Cukai LHDN. Setiap transaksi yang dilakukan oleh individu & sektor korporat adalah layak untuk memohon pengurangan cukai.

4) Kos rawatan akan dibayar terus kepada pihak hospital.

5) Kos keperluan pesakit sudah termasuk kos pengurusan dan penghantaran barangan kepada pesakit. *Kos pengurusan amat penting bagi memastikan dana keperluan pesakit tidak terjejas. Tanpa sokongan ini, sebahagian dana pesakit terpaksa digunakan untuk menampung kos pengurusan dan pelaksanaan bantuan.


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Kos Kemoterapi RM250/bahagian
Kos Kemoterapi RM100/bahagian
Rawatan Lain - RM50/bahagian
Seikhlas Hati
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN