URGENT!  

Ubat Dah 'Tak Jalan',
Pembedahan Otak Pilihan Terakhir

6 tahun hidup bergantung ubat sawan

Dhia Amanda perlukan RM 60,000 segera! 


Dhia Tidak Pernah Rasa Sihat 


Dhia Amanda Saifol dilahirkan sempurna pada 24 November 2019.


Namun, selepas beberapa bulan, tanda-tanda kelewatan perkembangan mula kelihatan.


Lehernya lembik, sering tersedak susu, tiada babbling, hanya tangisan yang panjang.




Kini, usianya sudah 6 tahun, Dhia masih terlantar seperti bayi berusia 3 bulan.


Dia tidak mampu bercakap, makan melalui tiub dan bergelut dengan pergerakan involuntary hampir setiap saat.


Setiap kali terkena jangkitan, pernafasannya menjadi kritikal dan perlu bergantung pada oksigen dan mesin suction di rumah. 


 


Penyakit Ultra-Rare Yang Mengubah Segalanya


Hasil ujian genetik menunjukkan Dhia menghidap GNAO1 Encephalopathy – penyakit genetik ultra-rare yang hanya dikesan pada 150–300 individu di seluruh dunia.




Sejak 2021, Dhia sudah keluar masuk hospital lebih 5 kali, termasuk beberapa kali dimasukkan ke ICU.


Setiap kali warded, tempoh rawatan boleh berlanjutan antara 2–4 bulan.


Kos Rawatan Mencecah Puluhan Ribu


Satu-satunya rawatan untuk Dhia ialah pembedahan Deep Brain Stimulation (DBS).



Kos sebenar pembedahan Dhia


Selain kos rawatan, keperluan seperti susu khas RM100 setin (4 tin sebulan), pampers dan rawatan penjagaannya menelan kos sehingga RM10,000.


Keperluan ini tidak pernah berhenti, seiring dengan rawatan intensif yang dia perlukan sepanjang hayatnya.


Harapan Seorang ibu dan Ayah  

Ibu dan ayahnya hanya mahu melihat Dhia sihat seperti kanak-kanak lain.

Mereka mahu mendengar gelak tawa Dhia, melihat dia berlari bebas di halaman.



Harapan mereka kini tertumpu kepada rawatan pembedahan yang mampu memberi peluang baru untuk anak mereka.

Harapan Dhia Ada di Tangan Anda

Dhia sudah terlalu lama bertahan dengan tubuh sekecil itu.

Tanpa rawatan ini, Dhia akan terus berdepan pergerakan tidak terkawal dan menyebabkan rasa gelisah berpanjangan.


 Keperluan Dhia RM 60,000


Kos Pembedahan RM50,000 

Kos Keperluan Lain RM10,000

(Susu khas, pampers, rawatan tambahan, peralatan penjagaan)


*Bantuan berterusan selama 6 bulan


Ambillah bahagian anda hari ini. Jadilah sinar yang menenangkan perjuangan Dhia Amanda.


Masih ada lagi ke #JiwaBaik di luar sana yang sudi ringankan beban mereka?


Sama-sama kita ingat, nilai diri kita bukan sekadar diukur pada harta atau pangkat tetapi pada sejauh mana kita memberi manfaat kepada orang lain.

"Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia lain ."
(Riwayat Ahmad)

Kita tidak dapat mengawal takdir seseorang, namun kita mampu menjadi jalan untuk meringankan langkah mereka dalam melalui ujian.

Penerima Manfaat Program ‘We Care For You’
Antara pesakit yang telah berjaya dibantu sejak tahun 2020


Disclaimer:

1) MyHeart telah mendapat persetujuan daripada pihak keluarga untuk membuka tabung kutipan pesakit.

2) Hasil sokongan akan diberikan mengikut keperluan pesakit dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Anda boleh mengikuti perkembangan pesakit di Facebook @MyHeartVolunteers. 

3) MyHeart dan MyFundAction mempunyai kelulusan untuk Pengurangan Cukai LHDN. Setiap transaksi yang dilakukan oleh individu & sektor korporat adalah layak untuk memohon pengurangan cukai.

4) Kos rawatan akan dibayar terus kepada pihak hospital.

5) Kos keperluan pesakit sudah termasuk kos pengurusan dan penghantaran barangan kepada pesakit. 6) Nombor pendaftaran MyHeart: PPM-022-10-16032017

*Kos pengurusan amat penting bagi memastikan dana keperluan pesakit tidak terjejas. Tanpa sokongan ini, sebahagian dana pesakit terpaksa digunakan untuk menampung kos pengurusan dan pelaksanaan bantuan.


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Kos Pembedahan RM500/bahagian
Kos Pembedahan RM250/bahagian
Kos Pembedahan RM100/bahagian
Keperluan Lain (Pampers, Susu Khas, Rawatan Lain) - RM50/bahagian
Amount Lain
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN