URGENT!
Terpaksa 'Dipuasakan', Hanya Mesin Mampu Selamatkan Baby Ayra
Bayi 5 bulan ini bergantung harap pada mesin syringe pump untuk minum susu
TERLEBIH SETITIK SUSU PUN BOLEH BAHAYAKAN NYAWA AYRA
Sejak dilahirkan, Ayra mengalami masalah paru-paru disebabkan tulang rawannya yang lembut. Saluran pernafasannya juga sempit, menyebabkan Ayra perlu bantuan oksigen untuk bernafas dengan normal.
Pada usianya 2 bulan, Ayra dirujuk doktor untuk membuat pembedahan kecil di kerongkong.
Ayra perlu bergantung pada mesin oksigen (CPAP) 24 jam. Ibu bapanya berusaha cari duit beli mesin tersebut untuk membawa Ayra pulang ke rumah.
Setelah berat badannya bertambah dan mula meniarap, Ayra tidak lagi mahu tidur dalam posisi baring. Ayra semakin aktif, dan keadaan ini sangat merisaukan ibunya. Ibunya mengambil cara dengan menjarakkan waktu menyusu kerana bimbang Ayra tersedak.
Difahamkan, susu yang melalui tiub akan terkeluar semula. Jadi, ibunya tak dapat memberikan Ayra susu dalam keadaan dia aktif. Pernah sekali, ibunya terpaksa membiarkan Ayra ‘berpuasa’ kerana terlalu aktif dan asyik menangis, menyebabkan susu tak dapat diberi mengikut waktu.
“KERANA SUSU DAN MESIN AGAK MAHAL JADI KAMI MULA BUNTU”

“Dia semakin aktif dan untuk berikan susu memerlukan perhatian sepenuhnya kerana anak saya mudah tersedak.

TITISAN SUSU IBARAT NYAWA UNTUK AYRA
Jom kita bantu cukupkan kos pembelian mesin susu, mesin penyedut kahak dan susu khas. Ayra berisiko besar mengalami masalah kesihatan lain jika mesin dan susu ini tidak diberikan secepat mungkin.
KEPERLUAN AYRA RM 8,200
Mesin Pam Syringe RM2,500
Susu Khas RM3,600
Mesin Sedut Kahak RM1,500
Lampin & Keperluan Lain RM600
Mampu atau tidak, mereka perlu dapatkan jumlah tersebut bagi menyelamatkan nyawa satu-satunya anak mereka.
Masih ada lagi ke #JiwaBaik di luar sana yang sudi ringankan beban mereka?
Penerima Manfaat Program ‘We Care For You’
Antara pesakit yang telah berjaya dibantu sejak tahun 2020
Disclaimer:
1) MyHeart telah mendapat persetujuan daripada pihak keluarga untuk membuka tabung kutipan pesakit.
2) Hasil sokongan akan diberikan mengikut keperluan pesakit dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Anda boleh mengikuti perkembangan pesakit di Facebook @MyHeartVolunteers.
3) MyHeart dan MyFundAction mempunyai kelulusan untuk Pengurangan Cukai LHDN. Setiap transaksi yang dilakukan oleh individu & sektor korporat adalah layak untuk memohon pengurangan cukai.
4) Kos rawatan akan dibayar terus kepada pihak hospital.
5) Kos keperluan pesakit sudah termasuk kos pengurusan dan penghantaran barangan kepada pesakit. *Kos pengurusan amat penting bagi memastikan dana keperluan pesakit tidak terjejas. Tanpa sokongan ini, sebahagian dana pesakit terpaksa digunakan untuk menampung kos pengurusan dan pelaksanaan bantuan.