URGENT!  

Setiap Titik Susu Itu Adalah Nyawa, Tanpa Mesin Ayra Terpaksa Menahan Dahaga

Bayi 5 bulan ini terus  bergantung harap kepada mesin pam suntikkan susu untuk meneruskan hidup.



Ayra perlukan mesin susu.. 
Bantu kumpul RM RM 8,200 segera!



TERPAKSA ‘BERPUASA’ KERANA TAKUT TERSEDAK SUSU

Sejak dilahirkan Ayra mempunyai masalah paru-paru dimana tulang rawan lembut membuatkan bayi memerlukan bantuan oxygen untuk bernafas dengan normal kerana saluran pernafasan di kerongkong juga sempit. 

Pada usianya 2 bulan, Ayra dirujuk doktor untuk membuat pembedahan kecil di kerongkong.

Semenjak berat badannya bertambah dan kini meniarap tidak mahu tidur baring. Ayra dikatakan sangat aktif dan keadaan ini agak merisaukan ibunya. Ibunya mengambil cara dengan menjarakkan waktu menyusu kerana risau akan tersedak.


Difahamkan susu yang melalui tiub akan terkeluar. dan ibunya tak dapat memberikan dia susu dalam keadaan dia aktif. Pernah suatu masa yang ibunya terpaksa membiarkan Ayra ‘berpuasa’ kerana terlalu aktif dan asyik menangis menyebabkan susu tak dapat diberi mengikut waktu. 


“KERANA SUSU DAN MESIN AGAK MAHAL JADI KAMI MULA BUNTU”


Ayra perlu minum susu khas ‘anti sedak’ yang berharga lebih kurang RM114 dan hanya bertahan 1 minggu untuk 1 tin. Anggaran mesin susu (medical syringe pump) berharga lebih kurang RM 900. 

Doktor mengesahkan jenis penyakit sebenar yang dihadapi AYRA adalah penyakit saluran pernafasan atas dan bawah yang menyebabkan bayi mengalami kesukaran bernafas. 

Mesin menyedut kahak juga diperlukan oleh bayi ini bagi membantu dirinya bernafas dengan lebih mudah.




“DEMI ANAK SANGGUP TINGGAL KERJAYA KERANA AYRA PERLU PERHATIAN SEPENUHNYA.

Demi melihat anaknya kembali sembuh, Ibu Ayra, Nur Aimi Diyana terpaksa melepaskan kerjayanya demi anak tercinta yang memerlukan perhatiannya sepanjang hari.

Kini hanya hasil pendapatan yang hanya bergantung pada suaminya saja dan keadaan ini membuatkan suami isteri ini memerlukan sedikit pengkongsian rezeki dari rakyat Malaysia.

“Dia semakin aktif dan untuk berikan susu memerlukan perhatian sepenuhnya kerana anak saya mudah tersedak.

“Biarlah saya berkorban tiada pekerjaan agar anak saya pulih seperti bayi lain.

Oleh sebab itu, mesin susu, mesin penyedut kahak dan susu khas sangat diperlukan oleh adik Ayra.




TITISAN SUSU IBARAT NYAWA UNTUK AYRA

Cukupkan kos pembelian mesin susu, mesin penyedut kahak dan susu khas. Ayra berisiko besar mengalami masalah kesihatan lain jika mesin dan susu ini tidak diberikan secepat mungkin.


 KEPERLUAN AYRA RM 8,200


Mesin Pam Syringe RM2,500 

Susu Khas RM3,600

Mesin Sedut Kahak RM1,500

Lampin & Keperluan Lain RM600




Mampu atau tidak, mereka perlu dapatkan jumlah tersebut bagi menyelamatkan nyawa putera bongsu mereka.


Masih ada lagi ke #JiwaBaik di luar sana yang sudi ringankan beban mereka?



Allah menjanjikan keberkatan kepada orang yang membantu mereka yang memerlukan, termasuk orang sakit. Ini boleh datang dalam bentuk kesihatan yang baik, rezeki yang lancar, dan ketenangan hati.

Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa meringankan kesulitan seorang mukmin di dunia, Allah akan meringankan kesulitannya di dunia dan akhirat. Barangsiapa memudahkan orang yang dalam kesusahan, Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat."
(Riwayat Muslim)

Kita mungkin tidak dapat mengubah takdir tetapi kita mampu menjadi asbab untuk meringankan beban yang mereka tanggung.

Penerima Manfaat Program ‘We Care For You’
Antara pesakit yang telah berjaya dibantu sejak tahun 2020


Disclaimer:

1) MyHeart telah mendapat persetujuan daripada pihak keluarga untuk membuka tabung kutipan pesakit.

2) Hasil sokongan akan diberikan mengikut keperluan pesakit dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Anda boleh mengikuti perkembangan pesakit di Facebook @MyHeartVolunteers. 

3) MyHeart dan MyFundAction mempunyai kelulusan untuk Pengurangan Cukai LHDN. Setiap transaksi yang dilakukan oleh individu & sektor korporat adalah layak untuk memohon pengurangan cukai.

4) Kos rawatan akan dibayar terus kepada pihak hospital.

5) Kos keperluan pesakit sudah termasuk kos pengurusan dan penghantaran barangan kepada pesakit. *Kos pengurusan amat penting bagi memastikan dana keperluan pesakit tidak terjejas. Tanpa sokongan ini, sebahagian dana pesakit terpaksa digunakan untuk menampung kos pengurusan dan pelaksanaan bantuan.


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Mesin Pam Syringe - RM150
Susu Khas RM150/tin
Mesin Sedut Kahak RM100/bahagian
Keperluan Rawatan RM50/bahagian
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG