URGENT!
Disangka Sembuh Rupanya
Lubang Jantung Makin Membesar!

Injap jantung Danish akan rosak teruk.
Hanya pembedahan boleh selamatkan. Bantu kumpul RM45,000 segera!
"Ummi ingat Danish doh sihat, tak sangka rupanya jadi teruk pulok"
Nik Muhammad Danish Hakeem dilahirkan tanpa sebarang komplikasi dengan berat 4.3 kg.
Namun pada usia 5 bulan, ibunya perasan nafas Danish laju dan tidak normal.
Apakan daya selepas diperiksa di beberapa klinik dan hospital, doktor mengesahkan ada kebocoran pada jantung Danish.
Awalnya Danish sudah menjalani rawatan susulan dan keadaannya dilihat semakin membaik
Mei 2025, tarikh yang membuatkan dunia ibu bapanya gelap seketika apabila doktor mengesahkan lubang di jantung danish semakin membesar dan tertutup oleh injap jantung.
"Ummi ingat Danish dah sihat sebab dia sangat aktif dan tak tunjuk tanda-tanda sakit", kata Puan Haznizan, ibu kepada Danish.
Masa Semakin Suntuk Untuk Danish
Danish kini berusia 6 tahun dan dia sudah menanggung derita ini hampir enam tahun.
Dalam tempoh itu Danish sangat mudah penat walaupun bermain sekejap, sering dijangkiti kuman pada paru-paru dan ambil masa lama untuk sembuh.
Doktor menasihatkan supaya pembedahan dilakukan segera dan kalau ditunda injap jantungnya akan rosak dan lebih teruk lagi ia memerlukan dua pembedahan besar.
Ibu bapanya juga ada luahkan,
"Kami duduk jauh di Pasir Puteh Kelantan tapi anak perlu jalani pembedahan di Kuala Lumpur.
"Nak taknak kami memang terpaksa minta bantuan sana-sini untuk kesembuhan dia."
*Lebihan kos pembedahan akan ditanggung oleh pihak MyFundAction
Ibu Ayah Tidak Pernah Putus Harapan
Ibu dan ayahnya hanya mahu melihat Danish sihat seperti kanak-kanak lain.
"Kami sanggup bergadai nyawa untuk melihat anak kami sihat seperti kanak-kanak lain", kata ibu dan ayah Danish.
Namun, cabaran terbesar mereka adalah untuk mendapatkan kos rawatan pembedahan yang tinggi dalam masa yang singkat.
Kos Keperluan Danish
Kos Pembedahan (RM 45,000)
(RM 250/ bahagian)
(RM 125/ bahagian)
(RM 100/ bahagian)
Mampu atau tidak, mereka perlu dapatkan jumlah tersebut bagi menyelamatkan nyawa putera kesayangan mereka.
Masih ada lagi ke #JiwaBaik di luar sana yang sudi ringankan beban mereka?
Tuhan menjanjikan keberkatan kepada orang yang membantu mereka yang memerlukan, termasuk orang sakit. Ini boleh datang dalam bentuk kesihatan yang baik, rezeki yang lancar, dan ketenangan hati.
Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa meringankan kesulitan seorang mukmin di dunia, Allah akan
meringankan
kesulitannya di dunia dan akhirat. Barangsiapa memudahkan orang yang dalam kesusahan, Allah akan
memudahkannya di dunia dan akhirat."
(Riwayat Muslim)
Kita mungkin tidak dapat mengubah takdir tetapi kita mampu menjadi asbab untuk meringankan beban yang mereka tanggung.
Penerima Manfaat Program ‘We Care For You’
Antara pesakit yang telah berjaya dibantu sejak tahun 2020
Disclaimer:
1) MyHeart telah mendapat persetujuan daripada pihak keluarga untuk membuka tabung kutipan pesakit.
2) Hasil sokongan akan diberikan mengikut keperluan pesakit dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Anda boleh mengikuti perkembangan pesakit di Facebook @MyHeartVolunteers.
3) MyHeart dan MyFundAction mempunyai kelulusan untuk Pengurangan Cukai LHDN. Setiap transaksi yang dilakukan oleh individu & sektor korporat adalah layak untuk memohon pengurangan cukai.
4) Kos rawatan akan dibayar terus kepada pihak hospital.
5) Kos keperluan pesakit sudah termasuk kos pengurusan dan penghantaran barangan kepada pesakit.
6) Nombor pendaftaran MyHeart: PPM-022-10-16032017
*Kos pengurusan amat penting bagi memastikan dana keperluan pesakit tidak terjejas. Tanpa sokongan ini, sebahagian dana pesakit terpaksa digunakan untuk menampung kos pengurusan dan pelaksanaan bantuan.