Tidak ada yang lebih menyayat hati daripada melihat anak kecil menanggung kesakitan dalam diam.
Ada yang menghidap penyakit jantung sejak lahir. Ada yang terpaksa bertahan dengan rawatan kanser yang menyakitkan.
Tidak kurang juga yang diuji dengan penyakit genetik yang memerlukan rawatan jangka panjang.
Dan semua ini memerlukan kos yang sangat tinggi...
Sedikit Dari Kita, Besar Maknanya Buat Mereka
Kisah Disebalik Tangan Yang Menghulur
We Care For You (WC4U) ialah sebuah inisiatif bantuan kesihatan di bawah Persatuan MyHeart dengan sokongan daripada MyFundAction.
Kempen ini diwujudkan untuk membantu pesakit dari golongan yang memerlukan di seluruh Malaysia khususnya untuk
kanak-kanak dan belia bawah 30 tahun yang sedang berdepan dengan penyakit serius seperti kanser, kecacatan jantung, masalah genetik dan penyakit jarang jumpa.
Tujuan utama projek ini adalah untuk meringankan beban keluarga B40 dengan menampung kos rawatan perubatan yang penting.
Bantuan yang diberikan termasuk:
1. Bil hospital dan kos pembedahan
2. Ubat-ubatan
3. Peralatan perubatan seperti mesin oksigen, alat bantu makan atau kerusi roda
4. Keperluan harian seperti susu khas dan lampin
5. Perkhidmatan klinik bergerak dan pengangkutan ke pusat rawatan (bagi kes tertentu)
Hud ialah bayi yang mengalami masalah pernafasan serius sejak lahir akibat saluran pernafasannya yang sempit.
Dia juga mengalami kehilangan pendengaran dan keadaan ini dipercayai berpunca daripada penyakit genetik yang jarang berlaku.
Sehingga kini, penyakit sebenar Hud masih belum dapat dikenal pasti kerana memerlukan ujian genetik khas yang sangat mahal.
Ali Dzulfiqar Haqq berusia 6 tahun dan kini sedang bertarung dengan penyakit B‑Cell Acute Lymphoblastic Leukemia (kanser darah) yang telah menyerang tubuhnya sejak Oktober 2024.
Kos rawatan yang diperlukan kini mencecah lebih RM16,600, merangkumi kos kemoterapi (RM15,000) dan kos rawatan lain (RM1,600).
Puan Bella Pamungkas, seorang ibu baharu kepada bayi berusia sembilan bulan bernama Ameera, kini berada dalam keadaan sangat kritikal selepas disahkan menghidap kanser payudara tahap 4 (HER‑2 positive) pada Januari 2025.
Doktor kini mencadangkan rawatan radioterapi sebagai satu-satunya harapan kerana kanser jenis HER‑2 yang dihidapinya sangat agresif dan cepat merebak.
Namun, kos radioterapi sahaja sudah mencecah RM30,000.
Penerima Manfaat Program ‘We Care For You’
Antara pesakit yang telah berjaya dibantu sejak tahun 2020
Allah menjanjikan keberkatan kepada orang yang membantu mereka yang memerlukan, termasuk orang sakit. Ini boleh datang dalam bentuk kesihatan yang baik, rezeki yang lancar, dan ketenangan hati.
Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa meringankan kesulitan seorang mukmin di dunia, Allah akan
meringankan
kesulitannya di dunia dan akhirat. Barangsiapa memudahkan orang yang dalam kesusahan, Allah akan
memudahkannya di dunia dan akhirat."
(Riwayat Muslim)
Kita mungkin tidak dapat mengubah takdir tetapi kita mampu menjadi asbab untuk meringankan beban yang mereka tanggung.
1)
MyHeart telah
mendapat persetujuan daripada pihak keluarga
untuk membuka tabung kutipan pesakit.
2) Hasil sokongan akan diberikan mengikut keperluan pesakit dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Anda boleh mengikuti perkembangan pesakit di
Facebook @MyHeartVolunteers.
3) MyHeart dan MyFundAction mempunyai kelulusan untuk
Pengurangan Cukai LHDN.
Setiap transaksi yang dilakukan oleh individu & sektor korporat adalah layak untuk memohon pengurangan cukai.
4)
Kos rawatan akan dibayar terus kepada pihak hospital.
5)
Kos keperluan pesakit sudah termasuk kos pengurusan dan penghantaran barangan kepada pesakit.
*Kos pengurusan amat penting bagi memastikan dana keperluan pesakit tidak terjejas. Tanpa sokongan ini, sebahagian dana pesakit terpaksa digunakan untuk menampung kos pengurusan dan pelaksanaan bantuan.