HADIAHKAN HARAPAN BUAT MEREKA YANG SEDANG BERTARUNG NYAWA

"Mereka Tiada Pilihan… Tapi Anda Ada Pilihan Untuk Membantu"




Sedikit Dari Kita, Besar Maknanya Buat Mereka


TANGISAN PESAKIT DALAM DERITA



Tiada yang lebih menyayat hati daripada melihat insan tersayang menanggung sakit dalam diam.


Ada anak kecil lahir dengan penyakit jantung, ibu muda diuji kanser payudara dan warga emas melawan penyakit kronik.


Ramai juga yang bertarung dengan kanser dan penyakit genetik yang memerlukan rawatan jangka panjang dan kos rawatan yang sangat tinggi.



Kisah Disebalik Tangan Yang Menghulur


We Care For You (WC4U) ialah sebuah inisiatif bantuan kesihatan di bawah Persatuan MyHeart dengan sokongan daripada MyFundAction.

Kempen ini diwujudkan untuk membantu pesakit dari golongan yang memerlukan di seluruh Malaysia khususnya untuk  kanak-kanak dan belia bawah 30 tahun yang sedang berdepan dengan penyakit serius seperti kanser, kecacatan jantung, masalah genetik dan penyakit jarang jumpa.

Tujuan utama projek ini adalah untuk meringankan beban keluarga B40 dengan menampung kos rawatan perubatan yang penting.




Antara Hidup Dan Harapan


Kami mengajak anda untuk bersama kongsikan rezeki bagi menampung keperluan 6 pesakit kronik setiap bulan merangkumi kos rawatan, ubat-ubatan, peralatan perubatan dan keperluan harian.

Segala hasil kongsi rezeki diagihkan dengan kerjasama pihak hospital agar terus sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Ingat setiap ringgit anda membawa harapan.




Penerima Manfaat Program ‘We Care For You’
Antara pesakit yang telah berjaya dibantu sejak tahun 2020



Allah menjanjikan keberkatan kepada orang yang membantu mereka yang memerlukan, termasuk orang sakit. Ini boleh datang dalam bentuk kesihatan yang baik, rezeki yang lancar, dan ketenangan hati.

Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa meringankan kesulitan seorang mukmin di dunia, Allah akan meringankan kesulitannya di dunia dan akhirat. Barangsiapa memudahkan orang yang dalam kesusahan, Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat."
(Riwayat Muslim)

Kita mungkin tidak dapat mengubah takdir tetapi kita mampu menjadi asbab untuk meringankan beban yang mereka tanggung.

1) MyHeart telah mendapat persetujuan daripada pihak keluarga untuk membuka tabung kutipan pesakit.

2) Hasil sokongan akan diberikan mengikut keperluan pesakit dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Anda boleh mengikuti perkembangan pesakit di Facebook @MyHeartVolunteers. 

3) MyHeart dan MyFundAction mempunyai kelulusan untuk Pengurangan Cukai LHDN. Setiap transaksi yang dilakukan oleh individu & sektor korporat adalah layak untuk memohon pengurangan cukai.

4) Kos rawatan akan dibayar terus kepada pihak hospital.

5) Kos keperluan pesakit sudah termasuk kos pengurusan dan penghantaran barangan kepada pesakit.

6) Nombor pendaftaran MyHeart: PPM-022-10-16032017

*Kos pengurusan amat penting bagi memastikan dana keperluan pesakit tidak terjejas. Tanpa sokongan ini, sebahagian dana pesakit terpaksa digunakan untuk menampung kos pengurusan dan pelaksanaan bantuan.


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Kos Rawatan dan Perubatan - RM200
Mesin Sokongan Pernafasan - RM150
Peralatan Sokongan Kesihatan (Kerusi Roda, Katil, dll) - RM100
Keperluan Harian (Susu, Lampin, dll) - RM50
Kongsi Serendah RM30
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN