Hutang puasa adalah amanah.
Tunaikan kewajipan anda dan jangan tunda!


Table of Content
  1. Beza Fidyah dan Kafarah
  2. Siapa yang Wajib Membayar Fidyah?
  3. Pengiraan Fidyah
  4. Jenis Kafarah
  5. Bayar Fidyah




Apa yang dimaksudkan dengan Fidyah dan Kaffarah?


Fidyah dan Kaffarah adalah bentuk pembayaran atau denda dalam Islam yang dikenakan kepada individu berdasarkan sebab tertentu berkaitan dengan puasa Ramadan. 




Siapakah Yang Wajib Membayar Fidyah?



Terdapat beberapa golongan yang wajib membayar fidyah:

1) Wanita  hamil atau menyusukan anak kerana bimbang kesihatan bayi
Namun ada beberapa keadaan:
- Jika tidak berpuasa kerana bimbang kesihatan diri sendiri, hanya perlu qada' puasa sahaja (tidak perlu fidyah)
- Jika bimbang kesihatan diri dan bayi, wajib qada' namun jika tidak sempat menggantikan puasa sebelum Ramadan seterusnya, maka perlu qada' dan bayar fidyah

2) Orang yang  telah meninggal dunia   dengan hutang puasa. Waris boleh bayar fidyah bagi pihak si mati.

3) Orang  sakit kronik dan tiada harapan sembuh   , tidak mampu berpuasa dalam jangka panjang.

4)  Warga emas   yang sudah terlalu lemah untuk berpuasa dan tidak mampu ganti.

5) Orang yang  tidak ganti puasa tahun sebelumnya sehingga masuk Ramadan baru tanpa uzur


Waktu Bayaran dan Pengiraan Fidyah

Menurut Mazhab Syafie, fidyah boleh dibayar seawal terbit fajar pada hari puasa yang ditinggalkan atau pada malam sebelumnya.

Fidyah juga boleh ditangguhkan sehingga akhir bulan Ramadan namun  lebih afdal jika dilunaskan lebih awal sebagai tanda kesungguhan dalam menunaikan kewajipan kepada Allah SWT.


Formula Kiraan: [Bilangan Hari Tidak Berpuasa X Kadar Fidyah]
Contoh: 7Hari x RM4.00 = RM28.00


Formula Kiraan: [(Bilangan Hari Tidak Berpuasa X Kadar Fidyah) X Bilangan Tahun Yang Ditinggalkan]
Contoh: (7Hari x RM4.00) x 3 Tahun = RM84.00





Apakah Yang Menyebabkan Perlu membayar Kaffarah?


Orang yang diberi denda Kaffarah terdiri daripada 4 golongan:

1) Orang yang  melakukan hubungan suami isteri pada siang hari Ramadan dengan sengaja
- Kaffarah wajib ke atas suami sahaja tetapi jika isteri rela, kedua-duanya perlu bayar kaffarah

2) Suami yang  melakukan zihar   ke atas isterinya
- Zihar ialah perbuatan suami yang menyamakan isterinya dengan ibunya atau wanita mahramnya dari sudut larangan perkahwinan.
- Zihar adalah haram dan suami wajib bayar kaffarah sebelum menyentuh isteri

3) Orang yang  melanggar nazar dan sumpah
- Nazar ialah janji untuk melakukan sesuatu jika ada perkara yang berlaku
- Sumpah (yamin) ialah janji yang dibuat dengan menyebut nama Allah atau sifat-Nya untuk melakukan atau meninggalkan sesuatu
- Dalam Islam, nazar dan sumpah adalah janji yang perlu ditepati. Jika seseorang melanggarnya, wajib bayar kaffarah untuk tebus kesalahan

4)  Ila'
- Sumpah seorang suami untuk tidak menyetubuhi isterinya selama 4 bulan atau lebih
- Jika suami ingin kembali kepada isterinya sebelum 4 bulan, wajib bayar kaffarah


Kadar Pembayaran Kaffarah


 Fidyah dan Kaffarah Adalah Ihsan Allah Buat Hamba-Nya



Melalui bayaran fidyah dan kaffarah ini anda akan membayar ganti atau denda dengan melepaskan kesusahan saudara yang memerlukan. Anda bukan sahaja menjalankan tanggungjawab sebagai hamba Allah bahkan anda menjaga hak saudara Muslim.

Alhamdulillah hasil fidyah tahun lepas telah diagihkan lebih 25,000 kampet beras di seluruh Malaysia.

Kami sasarkan lebih lagi agihan pada tahun ni, di dalam dan juga luar negara. Bayaran fidyah dan kaffarah yang anda tunaikan akan disalurkan kepada golongan asnaf yang benar-benar memerlukan di beberapa negara termasuk Malaysia, Indonesia, Palestine, Syria dan Afrika.

Untuk makluman, beras yang diagihkan termasuk dalam kotak barangan keperluan asas bagi meringankan beban hidup mereka yang serba kekurangan.

 


Ramadan akan berakhir tidak lama lagi, ayuh sempurnakan kewajipan dan lunaskan tanggungjawab ini melalui MyFundAction. Mudah dan cepat!

Semoga dengan amalan ini, kita dapat menyucikan diri serta berkongsi rezeki untuk menggembirakan insan-insan yang memerlukan. Mudah-mudahan Allah SWT menerima setiap kebaikan dan mengurniakan keberkatan dalam hidup kita.


Rasulullah SAW bersabda:

من مات وعليه صيامُ شهرٍ فليُطعمْ عنه مكانَ كلِّ يومٍ مسكينًا

“Sesiapa yang mati sedangkan dia masih mempunyai puasa Ramadan, hendaklah diberi makan seorang miskin bagi setiap hari yang ditinggalkannya.” (Riwayat al-Tirmizi)



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
FIDYAH: Bilangan Hari Tidak Berpuasa X RM4.00 (Kadar Fidyah)
FIDYAH: Bilangan Hari Tidak Berpuasa X RM4.00 (Kadar Fidyah) x Bil Tahun
KAFFARAH Persetubuhan siang hari
KAFFARAH Zihar
KAFFARAH Ila'
KAFFARAH Nazar & Sumpah
Kongsi Rezeki Ramadan RM30
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090