30 Hari Pesta Ibadah di Bulan Ramadan


Dalam Rezeki Kita, Ada Rezeki Insan Lain

Satukan Usaha, Hapus Miskin Tegar





100,000 keluarga hidup di bawah garis kemiskinan!


Ramadan sepatutnya bulan rahmat dan kebersamaan. Namun bagi ribuan keluarga, ia hadir dengan kegelisahan. Akibat kos sara hidup yang kian menghimpit, ramai yang bergelut hanya untuk menyediakan hidangan ringkas buat sahur dan berbuka.




Bagi mereka, Ramadan bukan tentang memilih juadah istimewa, tetapi tentang satu soalan yang memilukan: "Adakah makanan untuk berbuka nanti?"




Saat kita menghidangkan kurma dan lauk pauk, ada ibu bapa yang terpaksa mencatu nasi demi mengutamakan anak-anak.


Jadikan kebaikan anda asbab doa mereka termakbul 


Di MyFundAction, kami percaya tiada keluarga harus melalui Ramadan sendirian.


Melalui Kotak Rezeki Ummat, kami membawakan bantuan makanan, kelegaan, dan sinar harapan buat mereka.




Antara barangan yang terdapat di dalam kotak Rezeki Ummat adalah:





Hadirnya kotak ini membawa makna besar: Tanda keprihatinan agar tiada yang terpinggir pada bulan yang mulia.



Tiga Kotak, Satu Misi

 

1. Yellow Box


Kotak ini membawa bekalan makanan asas yang membantu keluarga berpendapatan rendah dan sederhana, serta memastikan golongan miskin tidak merasa terpinggir.


Ia memastikan sesebuah keluarga dapat menyediakan sahur dan berbuka puasa, tanpa rasa bimbang akan dapur yang kosong.




2. Survival Box


Apabila bencana seperti banjir, gempa bumi, peperangan, atau tanah runtuh melanda, keluarga kehilangan lebih daripada sekadar tempat tinggal.


Baru-baru ini, kejadian kepala air yang dahsyat telah melanda sebahagian wilayah Aceh, Indonesia, menimbus kediaman dengan lumpur tebal dan memaksa keluarga berpindah sehelai sepinggang.


Dalam saat-saat seperti ini, kelangsungan hidup menjadi satu-satunya keutamaan.


Kotak ini akan sampai kepada mereka dalam tempoh 2 hari, membawa kehangatan, kelegaan, dan sinar harapan.




3. Medical Box


Bagi pesakit yang menanti pembedahan segera atau peralatan perubatan asas, setiap saat adalah kritikal.


Medical Box ini menyediakan sokongan perubatan penting yang meringankan penderitaan dan membantu proses pemulihan.


Bagi mereka yang menanggung kesakitan, ini bukan sekadar bantuan tetapi ia adalah peluang kedua untuk hidup.


Setiap barangan di dalamnya dipilih dengan teliti untuk memberi keselesaan, kekuatan, dan sinar kesembuhan. Di saat mereka paling memerlukan, ihsan anda boleh menjadi keajaiban yang mereka doakan selama ini.





Antara gambar-gambar edaran kotak Rezeki Ummat yang telah dijalankan: 


Sertai Kami Untuk Meringankan Beban Mereka


Sepanjang pemerhatian kami sejak usaha ini dijalankan, bantuan enam bulan ini terbukti sedikit sebanyak meringankan beban. Setidaknya, duit yang ada dapat digunakan untuk urusan persekolahan anak-anak dan kesihatan.


Bukan itu sahaja, bantuan enam bulan ini berjaya mengeluarkan isi rumah dari kepomopong kemiskinan.


Justeru, setiap apa yang ada kongsikan menerus projek ini pasti mendapat keberkahan dan balasan yang lebih baik dari Allah atas asbab meringankan salah satu beban saudara yang berada dari kefakiran dan kesempitan.


Jom Jiwa Baik, salurkan barangan keperluan asas untuk saudara kita. Moga dengan kebaikan kita, tiada keluarga lagi yang mengikat perut demi memastikan esok harinya masih berbaki makanan.


Disclaimer:

1) MyFundAction mempunyai kelulusan untuk Pengurangan Cukai LHDN. Setiap transaksi yang dilakukan oleh individu & sektor korporat sekurang-kurangnya RM50, layak untuk memohon pengurangan cukai.  



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Bantu 5 keluarga: RM750
Bantu 3 keluarga: RM450
Bantu 1 keluarga: RM150
Kongsi Rezeki: RM50
Seikhlas Hati
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60102009910