Sebelum Berakhirnya Ramadan


Peluang Emas di 10 Malam Terakhir


Bandaraya Gaza kini mengharungi Ramadan dalam suasana yang paling menyayat hati.


Di saat kita mengejar keberkatan 10 malam terakhir dalam keselesaan, ribuan saudara kita di sana berdepan krisis kelaparan di celah runtuhan.



Tiada hidangan mewah. Malah, untuk mengalas perut setelah seharian berpuasa juga satu perjuangan yang mustahil bagi mereka.




Kongsi Rezeki, Raih Lailatul Qadar


Ramadan kian melabuhkan tirai. Jom bersama MyFundAction untuk menyediakan tajaan Iftar buat Palestin.

Setiap hidangan yang anda berikan bukan sekadar makanan, malah ia adalah doa dan kekuatan yang kita kirimkan pada malam-malam yang lebih baik daripada seribu bulan.

"Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadan" (HR. Tirmidzi)

Terima Kasih #JiwaBaik, Hadiah Buat Saudara Palestin





Untuk kali ini, tajaan daripada anda telah memberikan rezeki yang lebih lagi buat mereka untuk iftar di Gaza.

Satu set makanan yang disajikan kepada mereka mengandungi 1 kg beras basmathi dan juga separuh bahagian ayam.

Mudah-mudahan kita boleh bagi yang terbaik buat mereka, insyaAllah.



Mengapa Tajaan Anda Sangat Bererti?  


Kita kini berada di penghujung perlumbaan. Jangan biarkan peluang ini berlalu tanpa meninggalkan jejak kebaikan di bumi anbiya.

  • Pahala Berlipat Ganda: Jika bantuan anda jatuh pada malam Lailatul Qadar. Pahalanya menyamai memberi makan selama 83 tahun!
  • Simbol Solidariti: Mereka tidak meminta senjata, mereka hanya perlukan kekuatan untuk terus bertahan hidup.
  • Hadiah Buat Saudara Palestin: Menjadi penawar duka buat anak-anak yatim dan keluarga yang hilang segalanya.


Ayuh, jadikan 10 malam terakhir ini saksi pembelaan kita terhadap bumi Gaza.




Sebarang laporan terkini berkenaan agihan bantuan dari MyFundAction boleh terus layari laman sesawang myfundaction.org atau ke Instagram kami, @myfundaction.

Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Kongsi Rezeki - RM500
Kongsi Rezeki - RM250
Kongsi Rezeki - RM150
Kongsi Rezeki RM50
Seikhlas Hati
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN