Peluang Kongsi Daging Korban Melalui Pek Ready-To-Eat ke Afrika
Di Afrika, Saudara Kita Masih Derita Kelaparan Yang Tiada Penghujungnya
Bantuan pek makanan RTE diperlukan
Derita Afrika Tidak Pernah Berhenti!
Ramai menyangka penderitaan rakyat Afrika sudah berkurangan, tetapi hakikatnya tidak.
Tanah yang gersang akibat kemarau serta konflik yang berterusan mengakibatkan gangguan bekalan makanan, sekali gus meninggalkan mereka dalam kelaparan.
Kanak-kanak dan bayi terpaksa menahan lapar selama berhari-hari, dan ramai yang jatuh sakit serta menghadapi maut akibat kebuluran yang melampau.
Kita Usaha Putuskan Rantaian Kebuluran
Makanan bukanlah sesuatu yang mudah untuk mereka dapatkan setiap hari. Ada hari, anak-anak kecil dan warga emas di Afrika ini terpaksa mengikat perut kerana tiada langsung bekalan makanan yang boleh dijamah.
Atas keperluan ini, MyFundAction menggerakkan inisiatif penghantaran Pek Qurban Ready to Eat Qurban ke Afrika.
.jpg)
Misi Kecemasan: 100,000 Pek RTE Untuk Afrika
Kenapa Misi Ini Mendesak?
-
Tiada Infrastruktur:
Akibat konflik berpanjangan dan kemarau ekstrem, fasiliti asas musnah. Pek makanan sedia dimakan (RTE) adalah penyelesaian terpantas tanpa memerlukan fasiliti memasak.
-
Krisis Nutrisi:
Kanak-kanak di wilayah kritikal Afrika sedang berdepan dengan malnutrisi yang sangat teruk dan kebuluran yang mengancam nyawa.
-
Masa Suntuk:
Proses logistik merentas sempadan dan kawasan pedalaman memakan masa yang lama. Bertindak hari ini agar bantuan sampai sebelum terlambat.
Tiada Infrastruktur: Akibat konflik berpanjangan dan kemarau ekstrem, fasiliti asas musnah. Pek makanan sedia dimakan (RTE) adalah penyelesaian terpantas tanpa memerlukan fasiliti memasak.
Krisis Nutrisi: Kanak-kanak di wilayah kritikal Afrika sedang berdepan dengan malnutrisi yang sangat teruk dan kebuluran yang mengancam nyawa.
Masa Suntuk: Proses logistik merentas sempadan dan kawasan pedalaman memakan masa yang lama. Bertindak hari ini agar bantuan sampai sebelum terlambat.
Rekod Kejayaan Misi
Pada 2 tahun lalu, MyFundAction telah berjaya menghantar sebanyak 25,000 pek daging qurban ke beberapa buah negara di Afrika melalui kerjasama agensi kemanusiaan antarabangsa dan rakan logistik tempatan bagi memastikan agihan sampai terus ke komuniti yang paling memerlukan.

