Bersempena Hari Anak Yatim (Jumaat Pertama April), sertai penuntut Al-Azhar dari 22 buah negara untuk melengkapi makanan berkhasiat, persekolahan, dan Al-Quran buat mereka.
Mengapa Bumi Mesir? Mengapa 1,000 Anak Yatim Ini?
Setiap tahun pada Jumaat pertama bulan April, seluruh warga Mesir menyambut Hari Anak Yatim. Namun, realitinya di pinggir bandar Kaherah dan rumah-rumah kebajikan:
- Kemudahan Terhad & Kos Meningkat: Ramai anak yatim kehilangan tempat bergantung dan hidup dalam serba kekurangan.
- Pendidikan Terjejas: Tanpa kelengkapan sekolah yang sempurna, mereka berisiko cicir daripada persekolahan.
- Kelaparan & Dahagakan Ilmu: Makanan harian kerap tidak mencukupi, apatah lagi naskhah Al-Quran sendiri untuk mereka pelajari di bumi ilmu ini.
"Sejak 2016, projek ini telah membatu ribuan anak-anak di Mesir. Tahun 2026 ini, kami tidak mahu sekadar memberi makan, tetapi mahu MELENGKAPI KEPERLUAN HIDUP mereka secara menyeluruh."
Misi Bantuan: Melengkapi Keperluan Utama
Melalui kongsi rezeki anda semua, kita ingin memastikan setiap anak yatim di Mesir mendapat tiga keperluan asas ini:
| Keperluan | Perincian Bantuan | Impak Kepada Anak Yatim |
| Pendidikan (Back-to-School) | Beg sekolah, set alat tulis, dan uniform baru. | Membuka jalan untuk mereka keluar daripada kepompong kemiskinan melalui ilmu. |
| Makanan Berkhasiat (Hot Meals) | Pek makanan asas & hidangan istimewa Hari Anak Yatim. | Memastikan tiada lagi anak yatim yang tidur dalam keadaan lapar & dapat meraikan hari mereka. |
| Wakaf Al-Quran (Mushaf Baru) | Naskhah Al-Quran baru khas untuk hafalan & bacaan harian. | Pedoman hidup mereka dan pelaburan pahala jariah yang berterusan buat anda. |
Pilihan Pakej Bantuan
| PAKEJ 1 (Sponsor Lengkap) - RM100 | PAKEJ 2 (Harapan Sekolah) - RM50 | PAKEJ 3 (Sajian Kasih) - RM20 | PAKEJ 4 - Seikhlas Hati |
- 1x Set Hot Meals Istimewa - 1x Set Kelengkapan Alat Tulis & Sekolah - 1x Naskhah Wakaf Al-Quran Baru | - 1x Set Hot Meals Istimewa - 1x Set Kelengkapan Alat Tulis | - 1x Set Hot Meals Istimewa | - Bantu mengikut kadar kemampuan anda (Bermula RM10) |

Sertai Kempen MyFundAction Sekarang
"Sebaik-baik rumah di kalangan kaum Muslimin adalah rumah yang di dalamnya terdapat anak yatim yang dilayan dengan baik." (HR Ibnu Majah)
