Fisioterapi Terbantut Selepas Pembedahan!
Adik Evrieena perlu menjalani rawatan fisioterapi segera.
Selama 10 tahun, beberapa pembedahan telah dijalani untuk membetulkan tulang pinggul, namun keadaan Adik Evrieena masih sukar dan pergerakannya terbatas.

Bayangkan memiliki kaki sebelah yang lebih pendek, macam mana nak berjalan? Kalau nak ke tandas terutamanya tandas mencangkung, macam mana ya? Kalau berlari atau bersukan pula, tak susah ke?
Itulah derita dialami Evrieena Hazfina selama 10 tahun kehidupannya. Dia disahkan menghidap Left Developmental Dysplasia of the Hip (DDH), atau bahasa mudahnya tulang pinggul kiri terkeluar dari soket.
.jpg)
Bantu Adik Evrieena Elak Kecacatan Kekal
-(1)-(1).jpg)
Setelah bertahun-tahun menghadapi ujian untuk berjaya dengan pembedahannya, sekarang adik Evrieena perlu konsisten untuk menjalani fisioterapi.
.jpg)
Ini adalah kos yang perlu ditanggung buat setiap kali sesi fisioterapi adik Evrieena bagi setiap bulan.
Namun, keluarganya tidak berkemampuan untuk membiayai kos yang diperlukan. Berikut adalah cara bagaimana anda boleh membantu.
KOS KEPERLUAN EVRIEENA
Keperluan Fisioterapi (RM 2,320.00 X 6 bulan) = RM 13,920
Susu Khas (RM 50/pek X 4 karton x 6 bulan) = RM 1,200
Keperluan Lain = RM1,880
Disclaimer:
1) Kami telah mendapat persetujuan daripada pihak keluarga untuk membuka tabung kutipan pesakit.
2) Hasil sokongan akan diberikan mengikut keperluan pesakit dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan.
3) Kos keperluan pesakit sudah termasuk kos pengurusan dan penghantaran barangan kepada pesakit.
#Kos pengurusan amat penting bagi memastikan dana keperluan pesakit tidak terjejas. Tanpa sokongan ini, sebahagian dana pesakit terpaksa digunakan untuk menampung kos pengurusan dan pelaksanaan bantuan.
“Barangsiapa yang membantu seorang Muslim (dalam) suatu kesusahan di dunia maka Allah akan membantunya dalam kesusahan pada hari kiamat, dan barangsiapa yang meringankan (beban) seorang Muslim yang sedang kesulitan maka Allah akan meringankan (bebannya) di dunia dan akhirat.” (Riwayat Muslim (2699)


