Bertarung Untuk Setiap Hembusan Nafas
Adik Aisy Perlukan Kos RM9,000!

Jantung boleh tiba-tiba berhenti jika tiada mesin oksigen!
Derita Bermula Seawal 10 Bulan
Bayangkan jika setiap nafas yang anda ambil terasa seperti satu penyeksaan. Itulah realiti yang dihadapi oleh Adik Aisy, sejak usianya belum pun mencecah setahun.
Anak kecil yang dahulunya lahir sihat kini bertarung dengan penyakit paru-paru kronik (Post Infectious Bronchiolitis with Bronchiectasis), yang menjadikan pernafasannya sukar dan menyakitkan setiap hari.

Dia ditahan lebih setahun di hospital kerana masalah pernafasan yang serius, menjalani pelbagai bentuk bantuan oksigen, termasuk beberapa kali ditidurkan (intubated) dan pernah dimasukkan ke ICU sebanyak dua kali.
Hampir tujuh tahun kemudian, Adik Aisy terus bergelut dengan masalah pernafasan yang kritikal dan berulang kali keluar masuk hospital untuk terus hidup.
Momen Menyayat Hati Bermula
Pada tahun 2020, satu kejadian yang tidak diingini berlaku. Adik Aisy telah terjatuh dan sejak itu kesihatannya merosot teruk.
Hasil pemeriksaan X-ray, doktor mengesyaki paru-parunya mengalami kebocoran (pneumothorax) dan perlu menjalani prosedur kecemasan dengan segera.Keadaan tersebut membuatkan Adik Aisy dimasukkan ke ICU selama lebih seminggu.
Dia terpaksa menjalani prosedur kecemasan buat kali kedua dan dia sekali lagi ditempatkan di ICU selama dua bulan.
Sejak itu dia bergantung sepenuhnya kepada oksigen 24 jam sehari.

Pada tahun 2024 pula, doktor menjalankan pemeriksaan menyeluruh dan memaklumkan bahawa paru-paru Adik Aisy semakin parah dan telah memberi kesan kepada organ lain.
Paru-paru kanannya membengkak kerana perlu menampung paru-paru kiri yang telah bocor dan rosak.
Ibu Bapa Berkorban Segalanya Demi Adik Aisy
Sejak awal 2024, ibunya terpaksa menemani Adik Aisy ke sekolah setiap hari.
Ini kerana pernah satu ketika, seorang rakan sekelasnya secara tidak sengaja menutup mesin oksigen, menyebabkan Adik Aisy hampir rebah akibat kekurangan oksigen.

Ayahnya yang sebelum ini bekerja dalam bidang pembinaan, berkorban memilih menjadi pengawal keselamatan di hospital supaya sentiasa lebih dekat dengan Adik Aisy.
Ibunya pula terpaksa berhenti kerja di taska pada Ogos 2024 untuk menjaga Adik Aisy sepenuh masa.
RM9,000 Diperlukan Untuk Terus Bernafas
Adik Aisy sebelum ini terpaksa mengheret tangki oksigen yang besar ke mana sahaja dia pergi.
Ibunya pula akan sentiasa dalam keadaan bersedia, memastikan tangki oksigen sentiasa cukup untuk bertahan.

Aisy membawa mesin oksigen ke sekolah
Aisy pernah mendapat mesin oksigen portable pada tahun 2024 namun, mesin tersebut kini semakin uzur dan memerlukan servis besar dengan kos yang tinggi.
Doktor menyarankan agar membeli mesin baru bagi mengelakkan risiko kegagalan alat tersebut. Bayangkan tahap oksigennya pernah merosot hingga 79%, paras berbahaya yang boleh membawa maut!

Aisy juga menggunakan kerusi roda bagi mengurangkan keletihan yang boleh menjejaskan pernafasannya namun kerusi roda sedia ada sudah tidak lagi sesuai dan menyukarkan pergerakan Aisy.
Hadiahkan mesin oksigen dan kerusi roda buat Aisy supaya dia dapat teruskan persekolahannya dengan lebih baik.
KOS KEPERLUAN RM 9,000
Kos Mesin Oksigen (RM 3,800)
RM 200/bahagian
Kerusi Roda (RM 600)
RM 600/1 unit
Susu Formula (RM 1,200)
RM 50/pek
Keperluan Rawatan (RM 3,400)
RM 100/bahagian
*Bantuan berterusan selama 6 bulan
Setiap rezeki yang anda kongsikan adalah bukti kasih sayang dan keprihatinan terhadap insan yang memerlukan.
Sabda Rasulullah SAW:
"Orang yang membantu keperluan saudaranya, maka Allah akan membantu keperluannya." (HR Muslim)
Disclaimer:
1) MyHeart telah mendapat persetujuan daripada pihak keluarga untuk membuka tabung kutipan pesakit.
2) Hasil sokongan akan diberikan mengikut keperluan pesakit dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Anda boleh mengikuti perkembangan pesakit di Facebook @MyHeartVolunteers.
3) MyHeart dan MyFundAction mempunyai kelulusan untuk Pengurangan Cukai LHDN. Setiap transaksi yang dilakukan oleh individu & sektor korporat adalah layak untuk memohon pengurangan cukai.
4) Jumlah kos keperluan adalah termasuk kos operasi dan penghantaran barangan kepada pesakit.