URGENT!  

PENYAKIT MISTERI ANCAM NYAWA HUD

Bayi 1 tahun 8 bulan ini terus menderita tanpa tahu apa penyakit sebenar...


Hud perlu jalani ujian genetik. 
Bantu kumpul RM12,000 segera!



BERTARUNG NAFAS SETIAP HARI


Sejak usianya empat bulan, Muhammad Hud Adra bin Mohammad Razali diuji dengan simptom yang pelik. Tidak seperti bayi yang normal, Hud bernafas dengan sangat kuat. 

Doktor sahkan Hud menghidap Laryngomalacia, saluran pernafasan sempit dan tidak berkembang sempurna. Hud kerap ada kahak dan terkumpul sehingga menganggu pernafasannya.

Hud juga menghidap mild syndrom dan jantung berlubang. Bukan itu sahaja, doktor mengesyaki ada penyakit lain yang membantutkan tumbesaran Hud. 


“Kami cuma nak tahu penyakit anak kami”


Doktor masih belum dapat mengesahkan jenis penyakit sebenar yang dihadapi  Hud ketika menjalani temu janji pertamanya. Doktor menyarankan u jian genetik diperlukan bagi mengenal pasti diagnosis yang tepat.

Antara kebimbangan yang dibangkitkan oleh doktor ialah kemungkinan Hud mengalami masalah penglihatan. Ketika ditunjukkan permainan, Hud tidak memberikan sebarang reaksi, walaupun objek telah didekatkan.



DERITA HUD MASIH BELUM TERJAWAB

Hampir dua tahun, Hud masih belum mampu untuk meniarap sendiri, mengangkat kepala atau duduk tanpa bantuan. Kakinya masih lemah dan tidak dapat menyokong badan untuk berdiri.

"Hanya berbaring sahaja, melihat keadaan Hud begini menambah derita buat kami sekeluarga," luah ibunya.

Berat terkini Hud hanyalah 7.4kg, jauh lebih rendah berbanding purata berat badan kanak-kanak seusianya 10.9 kilogram.

Oleh sebab itu, adik Hud perlu menjalani ujian genetik untuk mengesahkan penyakit yang menjadi tanda tanya. 

Dr Ngu Lock Hock mengulas mengenai penyakit Genetik.




HUD TAK BOLEH TUNGGU LAGI!

Cukupkan kos ujian pemeriksaan dan keperluan Hud. Hud tak boleh tangguhkan lagi tarikh ujian ini.   Hud  berisiko besar mengalami masalah kesihatan lain jika rawatan ini tidak dilakukan secepat mungkin.

 KEPERLUAN HUD RM12,000

Keperluan rawatan (RM7,000+-)
Genetik test, tiub, lampin, rawatan lain
Katil hospital bayi (RM2,000+-)
Susu khas (RM1,800)
Mesin sedut kahak (RM1,200+-)

Mampu atau tidak, mereka perlu dapatkan jumlah tersebut bagi menyelamatkan nyawa putera bongsu mereka.

Masih ada lagi ke #JiwaBaik di luar sana yang sudi ringankan beban mereka?

Allah menjanjikan keberkatan kepada orang yang membantu mereka yang memerlukan, termasuk orang sakit. Ini boleh datang dalam bentuk kesihatan yang baik, rezeki yang lancar, dan ketenangan hati.

Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa meringankan kesulitan seorang mukmin di dunia, Allah akan meringankan kesulitannya di dunia dan akhirat. Barangsiapa memudahkan orang yang dalam kesusahan, Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat."
(Riwayat Muslim)

Kita mungkin tidak dapat mengubah takdir tetapi kita mampu menjadi asbab untuk meringankan beban yang mereka tanggung.

Penerima Manfaat Program ‘We Care For You’
Antara pesakit yang telah berjaya dibantu sejak tahun 2020


Disclaimer:

1) MyHeart telah mendapat persetujuan daripada pihak keluarga untuk membuka tabung kutipan pesakit.

2) Hasil sokongan akan diberikan mengikut keperluan pesakit dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Anda boleh mengikuti perkembangan pesakit di Facebook @MyHeartVolunteers. 

3) MyHeart dan MyFundAction mempunyai kelulusan untuk Pengurangan Cukai LHDN. Setiap transaksi yang dilakukan oleh individu & sektor korporat adalah layak untuk memohon pengurangan cukai.

4) Kos rawatan akan dibayar terus kepada pihak hospital.

5) Kos keperluan pesakit sudah termasuk kos pengurusan dan penghantaran barangan kepada pesakit.

*Kos pengurusan amat penting bagi memastikan dana keperluan pesakit tidak terjejas. Tanpa sokongan ini, sebahagian dana pesakit terpaksa digunakan untuk menampung kos pengurusan dan pelaksanaan bantuan.


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Katil Hospital RM200/bahagian
Susu Khas RM150/tin
Mesin Sedut Kahak RM100/bahagian
Keperluan Rawatan RM50/bahagian
Amount Lain
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN