KONGSI REZEKI UNTUK MEMBINA SEMULA KEHIDUPAN




Kami Tak Mampu Ubati Luka Duka, Tapi Kami Boleh Hilangkan Kelaparan.

Misi kami adalah memastikan tiada mangsa yang terpaksa berlapar. Kami menggerakkan Edaran Rezeki Ummat—kotak bantuan yang sarat dengan beras, minyak, tepung, dan keperluan asas untuk membantu keluarga mangsa bertahan beberapa bulan. Kami telah menyerahkan beberapa kotak Rezeki Ummat kepada Kamarul dan mangsa lain. Tetapi misi kami tidak boleh terhenti.


MyFundAction dengan rendah hati bertekad untuk terus berbakti dalam usaha menoktahkan kadar kemiskinan (Zero Poverty) melalui Projek Rezeki Ummat khususnya di empat buah negeri yang mencatatkan kadar kemiskinan paling tinggi.




Realiti Di Malaysia

Sumber: ICU JPM

Lebih 400,000 keluarga hidup di bawah garis kemiskinan di Malaysia. Ekonomi yang mencabar membuatkan ramai terpaksa berhutang atau mencatu makanan.


Dahulu, barangan dapur sejumlah RM100 boleh memenuhkan separuh troli, namun kini tidak lagi.




Dari Ummah untuk Ummah


MyFundAction dengan rendah hati bertekad untuk terus membantu mengurangkan beban kemiskinan yang membelenggu.


Melalui Projek Rezeki Ummat dan Box Of Happiness , kami membawa lebih daripada sekadar bantuan, ia adalah harapan untuk masa depan lebih baik.


Kotak Rezeki Ummat mempunyai 14 jenis barangan makanan asas dan kami edarkan kepada keluarga yang layak setiap bulan.



Manakala Box Of Happiness adalah talian hayat yang menawarkan makanan asas dan keperluan serta bekalan perubatan untuk mereka yang paling memerlukan.




1. Yellow Box - Kotak yang membawa harapan yang mampu mengisi perut dan mengurangkan beban mereka walaupun seketika.


2. Survival Box - Apabila bencana datang tanpa diduga, kotak ini membawa sinar dengan adanya makanan, selimut dan lain-lain.


3. Medical Box - Kotak penyelemat yang Insya-Allah dapat menyembuhkan dan memberi kekuatan kepada mereka yang sakit. 




Amanah Anda Kami Sampaikan

Alhamdulillah, sejak 2020, kami telah menyampaikan amanah anda kepada mereka yang memerlukan di seluruh 14 negeri di Malaysia .



Antara gambar-gambar edaran kotak Rezeki Ummat yang telah dijalankan: 


*Scroll ke kanan


Agihan Box Of Happiness: 
  
*Scroll ke kanan


TERIMA KASIH #JIWABAIK BERKONGSI KEBAHAGIAAN DENGAN MEREKA!

Setiap sokongan melalui projek ini pasti mendapat keberkatan dan balasan baik dari Allah. J
om Jiwa Baik, salurkan keperluan asas untuk saudara kita. Moga tiada lagi keluarga yang mengikat perut demi kelangsungan hidup .


Jadikan 2025 lebih bermakna dengan kongsi rezeki

Bantu 5 Keluarga: RM750

Bantu 3 Keluarga: RM450

Bantu 1 Keluarga: RM150

Peduli Ummat: RM50



Disclaimer:

1) MyFundAction mempunyai kelulusan untuk Pengurangan Cukai LHDN. Setiap transaksi yang dilakukan oleh individu & sektor korporat sekurang-kurangnya RM50, layak untuk memohon pengurangan cukai. Baca lanjut:  Permohonan resit potongan cukai


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
KOTAK REZEKI UMMAT (10 KELUARGA) - RM 1500
KOTAK REZEKI UMMAT (5 KELUARGA) - RM 750
KOTAK REZEKI UMMAT (3 KELUARGA) - RM 450
KOTAK REZEKI UMMAT (1 KELUARGA) - RM 150
Pakej Kasih Sayang (Any Amount)
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60102009910