Misi Wakaf 1,000 Quran Untuk Muslim Di Afrika
Amal Kecil Di Dunia, Pahala Berpanjangan Di Akhirat
Tahukah anda, setiap huruf yang dibaca daripada al-Quran yang dijanjikan 10 ganjaran pahala sebagaimana sabda Rasulullah SAW:
“ Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitab Allah, maka baginya satu kebaikan. Dan satu kebaikan digandakan menjadi 10 pahala.” - Hadis Riwayat at-Tirmizi
Sebab itu, kami di MyFundAction ingin mengambil peluang ini untuk kita di Malaysia menyalurkan senaskah al-Quran buat anak-anak Muslim di Afrika.
Misi Wakaf Quran Afrika
Kami telah menyaksikan ribuan anak-anak yang mencintai al-Quran membaca dan menghafalnya dalam keadaan kekurangan.
Di beberapa kawasan, jumlah al-Quran yang tersedia masih tidak mencukupi untuk kegunaan pelajar dan madrasah.
Ada pelajar yang terpaksa berkongsi satu al-Quran bergilir-gilir dan masih menggunakan al-Quran lama yang lusuh dan terkoyak.
Dan kami juga telah melihat bagaimana gembiranya mereka apabila mendapat al-Quran baru yang Anda hadiahkan.

Dengan sasaran 1,000 al-Quran setiap bulan di salurkan kepada:
- madrasah
- pusat pembelajaran Islam
- pelajar tahfiz
- komuniti Muslim yang memerlukan di Afrika
Agihan dilakukan secara berperingkat melalui kerjasama pihak tempatan dan jaringan komuniti di kawasan penerima.
Lebih 30 madrasah di sekitar Afrika (Mesir, Chad, Malawi dan Nigeria) telah menerima naskah al-Quran baru ini hasil wakaf anda.
Jadilah Sebab Al-Quran Sampai Ke Tangan Mereka
Mungkin bagi kita, satu naskhah al-Quran hanyalah sebuah mushaf.
Tetapi bagi mereka, ia adalah peluang untuk belajar agama, membaca kalam Allah SWT dan membina masa depan yang lebih baik melalui ilmu al-Quran.
Wakaf al-Quran juga boleh diniatkan sebagai sedekah jariah buat insan tersayang yang telah pergi meninggalkan kita seperti ibu, ayah, pasangan atau ahli keluarga.
Bagaimana Nak Berwakaf?
Anda boleh pilih pakej ikut kemampuan:
Kami doakan selagi mana al-Quran ini dibaca, dihafaz, dikongsi ilmunya kepada anak Afrika lain, selagi itu dicatat pahala buat anda yang sama-sama berwakaf. Aamin YRA.
Nota: Jika kutipan untuk kempen ini telah mencukupi, kutipan akan disalurkan ke projek umum berkaitan yang mempunyai objektif dan manfaat yang sama.