Mereka Hanya Ingin Minum Air Bersih...
Rasulullah ﷺ pernah bersabda:
"Sedekah paling utama ialah beri air minum."
Realiti Krisis Air di Afrika
Wallahi saudara dan saudari, rakyat ini menderita.
- 460 juta Penduduk di Afrika Hidup Tanpa Air Bersih
Krisis air di Afrika ini sebenarnya bukanlah perkara yang baru namun
saban tahun
mereka masih berhadapan dengan situasi yang sama kerana jumlah kawasan yang terkesan sangat banyak!
- Wanita & Kanak-Kanak Terancam
Disebabkan sumber air yang terhad, wanita dan kanak-kanak terpaksa berjalan jauh untuk mendapatkan air yang belum tentu bersih.
Golongan ini yang paling banyak terancam dengan isu kebersihan.
- Kadar Kematian Tertinggi Dalam Kalangan Kanak-Kanak
Setiap tahun, lebih 361,000 kanak-kanak bawah umur 5 tahun meninggal dunia akibat penyakit bawaan air seperti kolera dan cirit-birit.
Titisan Air Yang Menyelamatkan Mereka
Telaga air jenis hand pump dan telaga air berteknologi solar (upper borehole water well) mampu bertahan sehingga 100 tahun.
Dengan membina telaga air bersih untuk mereka, kita bukan sekadar memberi setitis harapan tetapi mengubah seluruh kehidupan:
✅ Kanak-kanak dan keluarga akhirnya dapat hidup dengan lebih selesa tanpa perlu menempuh perjalanan jauh hanya untuk seteguk air
✅ Kesihatan dan kebersihan mereka semakin terjaga, jauh dari ancaman kuman dan kotoran.
✅ Risiko penyakit bawaan air seperti kolera dan disentri yang boleh membawa maut juga berkurang.
Ingat setiap titisan air yang dihulurkan, membawa sinar kehidupan buat mereka esok.
Wakaf Anda Telah Mengubah Kehidupan Mereka!
Alhamdulillah, dengan sokongan anda, pembinaan 8 telaga air dengan sistem solar kini telah berjaya dilaksanakan.
Telaga ini bukan telaga biasa, ia mampu bertahan untuk generasi ke generasi.
Namun kosnya bukan sedikit, RM38,000 untuk sebuah telaga dan setiap satu telaga air ini dapat memberi manfaat kepada kira-kira 300 isi rumah.
Insya-Allah projek ini akan terus memberi manfaat kepada puluhan ribu lagi penduduk di sana.
Alhamdulillah, pada tahun 2026 ini kita telah berjaya membina 5 telaga air hasil wakaf orang ramai.
Sasaran kita adalah membina 12 lagi telaga air agar lebih ramai keluarga dapat hidup dengan lebih bermakna.
Jom #JiwaBaik, Jangan Biarkan Peluang ke Syurga Ini Berlalu Begitu Sahaja!
Sebagai tanda penghargaan, bagi wakaf berjumlah RM5,000 ke atas, nama anda atau penama pilihan anda akan diabadikan pada telaga tersebut dan menjadi saksi amal jariah yang terus mengalir. Setiap titisan air yang diwakafkan hari ini, insya-Allah menjadi pahala yang terus mengalir.
“Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah
atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya.” – Riwayat Muslim (1631)
Nota: Jika kutipan untuk kempen ini telah mencukupi, kutipan akan disalurkan ke projek umum berkaitan yang mempunyai objektif dan manfaat yang sama.
Nota: Jika kutipan untuk kempen ini telah mencukupi, kutipan akan disalurkan ke projek umum berkaitan yang mempunyai objektif dan manfaat yang sama.
