Bayi Normal Ada 4 Injap Jantung,
Aqil Cuma Ada 3...
Kita takkan pernah faham sepenuhnya peritnya rasa seorang ibu yang tak pernah dengar anaknya memanggil “mama”.

3 Tahun Menderita, Aqil Perlukan Pembedahan Ke-3 Untuk Terus Hidup
Perlukan RM13,000 segera!
Tangisan Pertama Aqil Buktikan Dia Pejuang Kecil Sejak Dalam Kandungan
Ketika mengandungkan Aqil, dunia ibu dan ayahnya seakan runtuh bila doktor sahkan ada sesuatu yang tak kena dalam kandungan.
“Anak puan ada masalah jantung… cuma nampak 3 injap saja. Sepatutnya ada 4.”
Kata-kata doktor masa tu ibarat pisau menusuk ke hati. Kami cuma mampu peluk satu sama lain dan menangis.
Doktor juga maklumkan yang anak ini mungkin tak sempat lahir ke dunia. Tapi kami nekad — kami pilih untuk teruskan kandungan dan lahirkan Aqil secara normal, walaupun penuh risiko.
Saat dia menangis kali pertama waktu dilahirkan, kami tahu… anak ini kuat.
Itulah luahan ibu Aqil.
Setiap Nafas Aqil Adalah Perjuangan Antara Hidup Dan Mati
Selepas lahir, Aqil terus dimasukkan ke NICU kerana keadaannya kritikal dan doktor sahkan Aqil bukan saja ada 1 tetapi 3 jenis masalah jantung yang sangat serius:
-
Unbalanced AVSD
-
Pulmonary Atresia
-
Retroaortic Innominate Vein
Ubat pun sudah tidak mampu bantu, dos paling tinggi pun dah tak beri kesan, hanya pembedahan yang boleh selamatkan Aqil.
Aqil dah jalani dua pembedahan besar sebelum ini — satu masa baru 6 hari, satu lagi masa berumur 7 bulan.
Temujanji susulan di hospital Mac lalu, doktor mengesahkan tempat pembedahan terdahulu telah membengkak.
Tahap oksigen dalam darah Aqil telah merosot kepada 80% dan ada masanya serendah 70%.
Dan disebabkan ini, prosedur
khas bernama “cardiac catheterisation” harus dilakukan dengan segera sebelum pembedahan ke-3 dijalankan.
Tanpa pembedahan, inilah mungkin pengakhiran hidup Aqil.
Setiap Bunyi Dari Mulut Aqil Disambut Dengan Senyuman Dan Air Mata
Adik Aqil kini berusia 3 tahun tapi hidupnya sejak dalam rahim sudah dikelilingi peralatan perubatan dan ubat-ubatan.
Pada usia yang anak-anak lain sedang petah belajar bercakap, Aqil masih belum boleh menyebut walau satu patah perkataan pun.
Setiap hari, ibu bapanya hanya mampu meneka maksud bunyian yang keluar dari mulut kecil itu. Kadangkala mereka senyum, kadangkala mereka menangis diam-diam.
Doktor kata kemungkinan besar otaknya kurang oksigen sejak lahir, sebab tu perkembangan lambat dan MRI diperlukan.
Tapi sebelum tu, jantungnya perlu diselamatkan dulu.
"Kami tunggu kehadirannya selama 5 tahun perkahwinan kami...."
Aqil merupakan cahaya mata yang ditunggu oleh pasangan ini selama lima tahun usia perkahwinan mereka sebelum ini.
Demi menjaga anak ini sepenuh masa, ibunya terpaksa berhenti kerja.
Ayahnya bekerja biasa dan berhempas-pulas menampung keperluan harian, rawatan terapi dan tadika swasta yang dicadangkan oleh pakar untuk membantu perkembangan Aqil.
Dua pembedahan terdahulu ditanggung hasil bantuan jiran, saudara dan rakan-rakan.
Namun kali ini mereka tidak lagi mampu untuk meminta daripada orang yang sama. Mereka mula merasa segan, bimbang dituduh memanfaatkan simpati orang ramai.
Kos Keperluan Aqil
Kos Pembedahan - Tube Test (RM 10,000)
Susu & Pampers (RM 3,000)
*Bantuan berterusan selama 6 bulan
Hari ini, kita boleh jadi sebab Aqil terus bernafas. Kita boleh jadi doa yang Allah makbulkan buat keluarga ini.
Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa meringankan kesulitan seorang mukmin di dunia, Allah akan
meringankan
kesulitannya di dunia dan akhirat. Barangsiapa memudahkan orang yang dalam kesusahan, Allah akan
memudahkannya di dunia dan akhirat."
(Riwayat Muslim)
Disclaimer:
1) MyHeart telah mendapat persetujuan daripada pihak keluarga
untuk membuka tabung kutipan pesakit.
2) Hasil sokongan akan diberikan mengikut keperluan pesakit
dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Anda boleh mengikuti perkembangan pesakit di
Facebook @MyHeartVolunteers.
3) MyHeart dan MyFundAction mempunyai kelulusan untuk Pengurangan Cukai LHDN. Setiap transaksi yang dilakukan oleh individu & sektor korporat adalah layak untuk memohon pengurangan cukai.
4) Jumlah kos keperluan adalah termasuk kos operasi dan penghantaran barangan kepada pesakit
5) Kos pembedahan akan dibayar terus kepada pihak hospital.