URGENT

PEMBEDAHAN JANTUNG SUDAH SELESAI, TAPI KOS RM28K MASIH TERTUNGGAK


Jantung adik Iman (OKU card holder)  sebelum ini semakin membengkak dan lubang semakin membesar hingga memerlukan rawatan segera untuk selamatkan nyawanya. 



Alhamdulillah, pembedahan berjaya dilakukan. Namun kini keluarga Iman masih menanggung hutang kos rawatan yang mencecah RM28,000. 


Hutang Harus Diselesaikan Segera Tetapi Keluarga ini Tidak Mampu

Bapanya hanya seorang mekanik dengan pendapatan hanya RM1.7K sebulan untuk menampung keluarga termasuk lagi 3 orang anak yang masih kecil dan masih bersekolah.

Ibu hanya sebagai suri rumah dan tidak mempunyai pendapatan. Namun hutang tetap harus diselesaikan segera dan keluarga ini tidak mampu

"Pelbagai usaha telah dilakukan namun masih belum mampu menampung kos hutang yang terbeban"

Kronologi Kesihatan Adik Iman

Sejak 3 bulan lagi doktor telah  mengesan lubang sebesar duit syiling 20 sen di jantung kanan adik Iman. 

Disebabkan dia masih kecil dan beratnya masih ringan, tiada pembedahan dilakukan. Dia cuma perlu membuat pemeriksaan sebanyak 2 bulan sekali.


Gambaran ilustrasi jantung normal dengan pesakit jantung berlubang, Atrial Septal Defect, ASD.

Kebiasaannya pesakit ASD kurang menunjukkan simptom yang teruk. Mereka boleh menjalankan kehidupan seperti biasa cuma perlu dikawal kerana mereka mudah penat. Selain itu, tumbesaran mereka juga agak terbantut.

Pembedahan pernah dicadangkan sewaktu dia berusia setahun apabila melihat lubang masih tidak tertutup, namun sekali lagi ditangguh kerana berat kurang dari 25kg. Kehidupan kemudian diteruskan seperti biasa. 

Sehinggalah pada Oktober lalu, adik Iman telahpun berusia 8 tahun, doktor mendapati keadaan jantungnya semakin teruk. Jantungnya membengkak dan lubangnya semakin membesar!

Kali ini pembedahan WAJIB dilakukan segera walaupun beratnya masih 17kg! Tanpa pembedahan, tumbesarannya akan terus terbantut, saluran paru-parunya berisiko untuk rosak, jantung akan gagal berfungsi dan berisiko kehilangan nyawa! Allahuakbar..


 Medical Report yang telah dikeluarkan oleh doktor, menggesa pembedahan segera.




Ayuh Bantu Adik Iman Selesaikan Hutang Kos Rawatan

Oleh itu, kami mencari #JiwaBaik yang ingin bersama-sama meringankan beban mereka sekeluarga. Ayuh kita bantu demi Allah dan demi melihat adik Iman sihat sentiasa.
“Barangsiapa yang membantu seorang Muslim (dalam) suatu kesusahan di dunia maka Allah akan membantunya dalam kesusahan pada hari kiamat, dan barangsiapa yang meringankan (beban) seorang Muslim yang sedang kesulitan maka Allah akan meringankan (bebannya) di dunia dan akhirat.”
(Riwayat Muslim (2699)

MyFundAction ingin memberi peluang kepada anda untuk sama-sama meringankan beban mereka. Moga berkat bantuan ikhlas kita semua, adik Iman dapat sihat seperti kanak-kanak lain seterusnya berjaya di dunia dan akhirat!


Disclaimer:

1) MyHeart telah mendapat persetujuan daripada pihak keluarga untuk membuka tabung kutipan pesakit.

2) Hasil sokongan akan diberikan mengikut keperluan pesakit   dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Anda boleh mengikuti perkembangan pesakit di   Facebook @MyHeartVolunteers. 

3) MyHeart dan MyFundAction mempunyai kelulusan untuk Pengurangan Cukai LHDN. Setiap transaksi yang dilakukan oleh individu & sektor korporat adalah layak untuk memohon pengurangan cukai. 4) Jumlah kos keperluan adalah termasuk kos operasi dan penghantaran barangan kepada pesakit


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Kos Pembedahan Jantung RM250/bahagian
Kos Pembedahan Jantung RM125/bahagian
Kos Pembedahan Jantung RM100/bahagian
Kos Keperluan Lain RM50/bahagian
Seikhlas Hati
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN