Derita Kanser Tahap Akhir,
Tanpa Rawatan, Bakal Berdepan Dengan Maut 




Bantu Bella Bertahan Demi Suami dan Anak Kecilnya!

Perlukan RM32,000 segera!


"Saya rindu nak peluk anak saya balik..."


Setiap ibu ingin melihat anaknya membesar di depan mata, menyuapkan makanan, menenangkan ketika menangis dan mendakapnya dengan penuh kasih sayang.

Tetapi bagi Puan Bella, semua itu hanyalah kenangan.



Sejak Disember lalu, Bella sudah tidak mampu mengangkat tubuhnya sendiri apatah lagi menggendong anaknya, Ameera yang kini baru berusia 9 bulan.

Penyakit yang dihidapinya telah merebak ke paru-paru, tulang dan hati dan mungkin sudah sampai ke otak.


Semuanya Bermula Dengan Satu Ketulan Kecil

September 2024, Bella mula perasan ada ketulan bersaiz 2x duit syiling 50 sen di payudara kirinya namun tiada rasa sakit.

Ujian darah di farmasi menunjukkan normal dan dia menyangka ia hanyalah bengkak susu kerana Ameera baru berusia 4 bulan ketika itu.

Namun, dari bulan ke bulan, keadaan semakin memburuk. Putingnya tenggelam, kulit sekitar payudara mengering dan luka. Luka itu membesar, bernanah dan berbau busuk.



Akhir Disember, Bella sudah tidak mampu berjalan dan keadaan menjadi semakin teruk sehingga hanya mampu terbaring.

Setiap hari, Bella mampu bergantung pada ubat tahan sakit sahaja untuk bertarung dengan kesakitan yang tak tertahan.

Pengorbanan Seorang Suami



Setiap hari, suami Bella melihat wanita yang dicintainya semakin lemah, tetapi dia tidak mampu berbuat apa-apa.

Dia bekerja sebagai pemandu, namun kini tidak lagi dapat melakukan kerja lebih masa kerana perlu berada di rumah untuk menjaga Bella dan anak mereka yang masih kecil.

Wang simpanannya pun sudah habis, bantuan majikan yang pernah membantunya dulu juga sudah tiada.  Kini dia hanya mampu berharap ada keajiban untuk mengembalikan isterinya dan JiwaBaik yang sudi membantunya.



Satu-satunya Rawatan yang Mampu Selamatkan Bella

Januari 2025, hasil biopsy mengesahkan Bella menghidap kanser payudara tahap 4. Lebih menyedihkan, sel kanser telah merebak ke seluruh tubuh.




Doktor mengesyorkan rawatan Radiotherapy kerana kanser jenis HER-2 positive sangat agresif dan pantas merebak.




Namun, cabaran terbesar adalah mendapatkan kos rawatan yang tinggi dalam masa yang singkat.


 Kos Keperluan Puan Bella 

Kos Radioterapi (RM 30,000)
Keperluan Rawatan (RM2,000)

*Bantuan berterusan selama 6 bulan

Mampu atau tidak, mereka perlu dapatkan jumlah tersebut bagi menyelamatkan nyawa seorang isteri dan juga seorang ibu ini.

Masih ada lagi ke #JiwaBaik di luar sana yang sudi ringankan beban mereka?


Allah menjanjikan keberkatan kepada orang yang membantu mereka yang memerlukan, termasuk orang sakit. Ini boleh datang dalam bentuk kesihatan yang baik, rezeki yang lancar, dan ketenangan hati.

Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa meringankan kesulitan seorang mukmin di dunia, Allah akan meringankan kesulitannya di dunia dan akhirat. Barangsiapa memudahkan orang yang dalam kesusahan, Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat."
(Riwayat Muslim)

Kita mungkin tidak dapat mengubah takdir tetapi kita mampu menjadi asbab untuk meringankan beban yang mereka tanggung.

Disclaimer:

1) MyHeart telah mendapat persetujuan daripada pihak keluarga untuk membuka tabung kutipan pesakit.

2) Hasil sokongan akan diberikan mengikut keperluan pesakit dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Anda boleh mengikuti perkembangan pesakit di Facebook @MyHeartVolunteers. 

3) MyHeart dan MyFundAction mempunyai kelulusan untuk Pengurangan Cukai LHDN. Setiap transaksi yang dilakukan oleh individu & sektor korporat adalah layak untuk memohon pengurangan cukai.

4) Kos rawatan akan dibayar terus kepada pihak hospital

5) Kos keperluan pesakit tidak termasuk kos pengurusan. *Kos pengurusan amat penting bagi memastikan dana keperluan pesakit tidak terjejas. Tanpa sokongan ini, sebahagian dana pesakit terpaksa digunakan untuk menampung kos pengurusan dan pelaksanaan bantuan.


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Kos Radioterapi RM250/bahagian
Kos Radioterapi RM100/bahagian
Keperluan Rawatan RM50/bahagian
Amount Lain
Kos Pengurusan*
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN