Mencari Pewakaf Istimewa Untuk Pembangunan Sekolah Baharu Anak-Anak Sabah


Inilah realiti yang berlaku kepada ramai saudara baru dan anak anak Muslim di Sabah.

Ramai yang telah memeluk Islam tetapi hidup mereka seolah-olah tiada agama.

Bukan kerana mereka tidak mahu belajar, tetapi kerana tiada guru, tiada kelas, tiada tempat untuk mereka mengenal Islam dengan betul.



Tiada Pusat Ilmu, Tiada Pegangan




Di kawasan pedalaman dan komuniti berpendapatan rendah di Sabah, pegangan agama menjadi semakin rapuh.

Ramai yang memeluk Islam tetapi tidak tahu asas wuduk dan solat.

Ramai kanak kanak Muslim membesar tanpa mengenal huruf Al Quran.

Lebih menyedihkan, tiada tempat tetap untuk mereka belajar agama.

Kelas dijalankan secara sementara, berpindah randah dan sering terhenti apabila tiada kemudahan atau tenaga pengajar.

Apabila kelas terhenti, mereka kembali terbiar.


"Kenapa mereka terisih/tiada peluang untuk belajar islam?"

1. Ibu bapa dari keluarga yang kurang pengetahuan agama.

2. Tidak dapat akses pendidikan aliran perdana

3. Tiada dokumen pengenalan diri yang sah

4. Faktor kekangan ekonomi keluarga

5. Demografi kawasan luar bandar dan pedalaman


Projek Pusat Mengaji Annur (PMA) atau The Better School diwujudkan untuk buka peluang pendidikan yang lebih baik kepada mereka.




Di sini, kita akan sediakan:

- Guru agama tetap yang mengajar asas aqidah, ibadah, akhlak dan fardu ain.

- Kelas mengaji al-Quran untuk kanak-kanak, remaja dan juga ibu bapa.

- Kelas membaca dan menulis supaya mereka bukan sahaja celik agama, tetapi juga celik ilmu asas.

- Perancangan untuk membina kelas atau sekolah tetap agar anak-anak ini ada tempat khusus untuk belajar setiap hari.


Dengan adanya guru yang membimbing dan tempat belajar yang tetap, mereka tidak lagi dibiarkan berseorangan mempelajari ilmu agama Islam. 




Tapak Pusat Mengaji Annur akan didirikan di Suang Parai, Kota Kinabalu Sabah sebagai pusat ilmu, bimbingan dan tarbiyah yang memberi manfaat berpanjangan kepada komuniti setempat.




Inilah Sebab Mereka Perlukan Anda Sekarang


Tanpa bantuan anda, ramai saudara baru kita di Sabah tenggelam tanpa bimbingan agama.


1. Ramai yang masuk Islam tanpa bimbingan lanjut


Selepas memeluk Islam, tiada kelas susulan, tiada guru yang konsisten, akhirnya mereka kembali hidup dalam kejahilan tentang agama.


2. Anak-anak membesar tanpa asas Al-Quran dan tidak diajar solat 

Mereka tidak tahu membaca Al-Quran, tidak tahu bacaan solat yang betul dan membesar dalam keadaan jauh daripada ajaran Islam. 


3.  Tiada pusat pengajian agama yang tetap dan dekat 

Kelas agama terlalu jauh atau tidak wujud langsung di kawasan mereka. Jika ada sekalipun, ruangnya sempit, tidak formal dan tidak mencukupi. 



Dari Wakaf Anda, Lahirlah Muslim Berilmu dan Beramal


Setiap ringgit yang anda wakafkan  bukan sekadar membina dinding dan bumbung tetapi membina hati dan jiwa yang kembali kepada Allah.



Bayangkan setiap langkah mereka ke kelas, setiap huruf yang mereka kenal, dan setiap doa yang terbit dari bibir mereka, semuanya menjadi pahala yang mengalir untuk anda tanpa henti walau setelah kita tiada lagi di dunia ini.


Inilah peluang untuk kita sama-sama membina legasi yang abadi. Wakaf anda hari ini mampu melahirkan generasi berilmu yang membawa kebaikan, bukan sahaja untuk mereka tetapi juga untuk akhirat kita.


قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

«خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ»

(HR. Ahmad)

Maksudnya: Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada manusia lain.



Projek Pembangunan Yang Telah Berjaya Dilaksanakan
Antara projek yang telah berjaya dibantu sejak tahun 2020


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Wakaf Lengkap Dalaman (Lantai,Tingkap, Karpet, Lampu, Pintu) - RM300/bahagian
Wakaf Tiang & Rangka - RM250/bahagian
Wakaf Bumbung & Dinding - RM100/bahagian
Wakaf Batu Bata - RM50/bahagian
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


PENGESAHAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60102009910