Pondok Hancur Dilanda Banjir, Kini Anak Anak Belajar Quran Dalam Serba Kekurangan

Banjir besar yang melanda Sumatera Barat telah mengakibatkan musnahnya pondok kecil tempat anak-anak mengaji.
Mereka kehilangan satu-satunya tempat mengaji al-Quran di sana.
Pondok Kecil Hasil Titik Peluh Sendiri

Disebabkan semangat mereka kuat untuk belajar, masyarakat di sana telah membina pondok untuk kemudahan anak-anak ini belajar.

Pondok yang dibina itu sangat sederhana. Hanya cukup untuk mereka datang mengaji dan balik.
Namun di situ jugalah mereka berteduh menyambung mempelajari dan memahami asas agama dan al-Quran, selepas pondok lama diranap banjir.

Walaupun kemudahan pondok itu sangat terhad, semangat mereka untuk belajar tidak pernah pudar.
Bagi masyarakat di sana, pondok ini bukanlah sekadar tempat belajar, tetapi pusat kebersamaan yang menyatukan kira-kira 250 keluarga di situ.
Jika Tidak Dibangunkan Segera, Anak-Anak ini Akan Terus Ketinggalan
Tanpa pembinaan semula:
1. Ramai anak-anak terpaksa belajar dalam keadaan tidak selesa

Di situlah anak-anak duduk belajar mengaji, menunaikan solat berjemaah, dan di ruang yang sama juga mereka bermain bersama rakan-rakan selepas kelas selesai.
2. Terpaksa mengajar dengan peralatan dan buku pembelajaran yang terhad

Al-Quran dan buku Iqra yang sudah lusuh dan ada yang hancur.
Jumlahnya pula tidak mencukupi untuk semua pelajar. Ada kalanya beberapa orang anak terpaksa berkongsi satu buku ketika belajar.
3. Pondok tidak kukuh membahayakan keselamatan anak-anak

Sebahagian bahagian bangunan dibina secara sederhana selepas bencana dan masih belum mempunyai kemudahan serta struktur yang benar-benar kukuh.
Harapan Mereka Kini Bergantung Kepada Kita


Kami ingin mengajak anda menjadi sebahagian daripada perjuangan ini.
Setiap bahagian kecil daripada anak mampu menyalakan cahaya ilmu untuk anak-anak di Aceh, Indonesia
Wakaf Tiang & Rangka - RM250/bahagian
Wakaf Fasiliti Pembelajaran - RM50/bahagian
Wakaf Batu Bata - RM50/bahagian
Kongsi Serendah RM30
Lebih bantuan anda akan disalurkan kepada 5 lagi madrasah di Aceh yang turut memerlukan bantuan.
Setiap rezeki yang anda kongsikan, walau sekecil mana pun, adalah cahaya yang menerangi jalan pendidikan anak-anak ini.
Ayuh, kita bersama-sama membuka pintu ilmu dan peluang, demi dunia dan akhirat kita.
قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
«خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ»
(HR. Ahmad)
Maksudnya: Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada manusia lain.
